LAUNGAN ‘LTK OUT’ mula bergema dalam sosial media apabila Perak FC merekodkan kekalahan ketiga sepanjang enam perlawanan liga.
Perak yang bertandang ke Pulau Pinang tewas 1-3 di tangan Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Jumaat.
Skuad kendalian Manzoor Azwira kembali bangkit selepas tewas di tangan Sabah sebelum liga berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan.
Hadi Fayyadh (kiri) dan Nik Akif (kanan). — Facebook/Perak FC
Pemain import Penang, Sony Saad memberikan kegembiraan kepada peyokong-penyokong tuan rumah seawal minit ketujuh apabila berjaya menjaringkan gol.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Penang sempat menambah satu gol menerusi Nik Akif Syahiran pada minit ke-37.
Perak dilihat tidak berputus asa pada babak masa kedua apabila ada melakukan serangan di kawasan Penang.
Pada minit ke-71, akhirnya Penang berjaya mendapatkan gol menerusi gerakan satu dua Hadi Fayyadh dan disudahi oleh Seo Seonung.
Namun Penang tidak mendiamkan diri apabila kembali menemui jaringan pada minit ke-83 melalui tandukan Giovane Gomes.
Kedudukan 3-1 tamat kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Penang meraih kemenangan pertama Liga Super.
Seo Seonung (kanan) berjaya jaringkan gol ketika bertemu Penang pada Jumaat. — Facebook/Perak FC
Dengan kekalahan ini, nampaknya penyokong Perak tidak lagi percaya dengan laungan ‘trust the process’, kini laungan ‘LTK OUT’ sudah mula bergema di ruangan sosial media.
Perak yang hanya berjaya merekodkan satu kemenangan sepanjang enam perlawanan liga nyata membuatkan penyokong The Bos Gaurus berang dengan prestasi semasa pasukan.
“Game malam ini teruk, walaupun Perak FC dalam proses, tapi jangan main teruk sangat macam ini, baru Penang, kalau jumpa JDT nanti tak tahulah,” kata Muhammad Safwan.
“Trust the prosess tunggu 20 tahun lagi baru Perak angkat piala,” jelas Az Akim.
“Ini bukan skuad Perak, ini skuad projek DLTK, tengok pemain dia ambil,” ujar Izzat Eyzad.
“Dah boleh tukar ‘trust the process’ jadi ‘LTK OUT’ makin lama makin teruk prestasi pasukan Perak ini," Mohd Aizat.
Selepas ini Perak akan bertemu JDT di halaman sendiri pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram