Fans TFC lega akhirnya Mat Don berfungsi, apa jadi dengan Adisak?


  • Podium
  • Sabtu, 01 Apr 2023

TFC berjaya memperolehi kemenangan kedua selepas enam perlawanan Liga Super 2023. — Facebook/MalaysiaFootballLeauge

NAIB juara Liga Super 2023, Terengganu FC (TFC) akhirnya berjaya memperolehi kemenangan kedua selepas mengharungi enam perlawanan liga musim ini.

Dalam aksi di gelanggang sendiri, skuad Sang Penyu menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.

Gol pembukaan hadir seawal minit ke-5 perlawanan menerusi pemain tengahnya, Liridon Krasniqi yang dengan mudah menyudahkan hantaran lintang daripada rakan sepasukan Azam Azmi.

Penyerang TFC, Jordan Mintah pula menggandakan jaringan pada minit ke-27 menerusi tandukannya yang dapat menewaskan penjaga gol KUFC, Ilham Amirullah.

TFC

Liridon berjaya menyumbang satu gol pada perlawanan menentang KUFC pada Jumaat. — Facebook/MalaysiaFootballLeauge

Bagaimanapun, pasukan pelawat tetap tidak berputus asa untuk bersaing pada separuh masa kedua apabila pemain importnya, OJ Porterira kembali merapatkan kedudukan hasil rembatan dari luar kotak penalti yang membolosi gawang TFC pada minit ke-76.

Dalam perlawanan berkenaan, skuad Sang Penyu dilihat berupaya mendominasi perlawanan dengan agak baik terutamanya di separuh masa pertama.

Antara yang mendapat pujian kali ini adalah pemain sering mendapat kritikan kerana aksibya dalam perlawanan sebelum ini iaitu Liridon atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Don.

Pada masa sama, penyokong turut mempersoalkan prestasi yang ditonjolkan penyerang TFC, Adisak Kraisorn yang dilihat tidak memberikan sebarang pengaruh terhadap barisan penyerang pasukan.

"Alhamdulillah. Boleh puji Mat Don malam ni. Bijak cara dia rampas bola kaki lawan. Yang tak nampak bayang adalah Adisak (Kraisorn)," kata Redzuan Mohd.

"Mantap TFC.AK9 (Addisak) macam tak berfungsi malam ni," ujar Tokcik Empat Empat Tujuh.

"Adisak guaner lembik sangat," ujar Yuszaidy Yusoff. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram