Selesai bantu Perak FC II, khidmat 2 tonggak ditagih lagi bantu skuad utama benam Harimau Kumbang


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Sunday dan Luciano ketika persiapan terakhir sebelum menentang KLC E bagi aksi Piala MFL. — Facebook/PerakFC

PRESTASI tidak menentu dan terumbang-ambing Perak FC secara jelasnya hanya akan menjadi kerisauan penyokong yang tidak ingin melihat skuad di bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim itu menjadi lubuk tiga mata pasukan lain.

Justeru itu, ramai penyokong The Bos Gaurus (TBG) menuntut agar skuad Seladang beraksi habis-habisan untuk meraih kemenangan kedua pada perlawanan menentang Pulau Pinang FC bagi aksi keenam Liga Super.

Namun begitu, perlawanan berkenaan diramal getir buat skuad TBG berikutan Penang FC juga dalam misi untuk memburu tiga mata pertama dan kelebihan mereka sebagai tuan rumah memberi manfaat buat pasukan Harimu Kumbang mempamerkan aksi terbaik.

Perak FC yang berstatus sebagai pasukan pelawat itu perlu mempersiapkan diri bagi menentang skuad tuan rumah di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang dan disarankan agar membawa 'senjata rahsia' sebagai alat untuk menewaskan anak-anak buah Chong Yee Fatt.

Ada penyokong yang mulai memberi pendapat bahawa Teong Kim perlu membawa masuk dua tonggak import iaitu tonggak pertahanan, Sunday Afolabi dan pemain import Argentina, Luciano Guaycochea merupakan senjata terbaik jika mahu mendapat tiga mata penuh.

WhatsApp Image 2023-03-31 at 11.47.20

Sebelum ini pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan yang memaksanya untuk berehat. — Facebook/PerakFC

Cadangan membawa masuk dua tonggak import itu tercetus selepas para penyokong kagum dengan aksi dipamerkan mereka bersama pasukan bawah 23 tahun (B23) Perak FC II ketika perlawanan Piala MFL menentang Kuala Lumpur City Extension (KLC E).

"Harap Luciano dan Sunday kekal cergas. Boleh balik semula ke pasukan utama. Nampak bahagian tengah mantap. Suruh Obiozor main skuad kedua pula dulu," komen penyokong Perak FC, Dieyard Hj Hassan.

"Luciano dengan Sunday main kah malam ini? Sebab semalam dah bantu Perak II," kata seorang lagi penyokong TBG, Zul Bakar Zul yang berharap agar dua pemain berkenaan diturunkan pada Jumaat.

"Masuk Sunday dan Luciano baru nampak perubahan permainan," kata penyokong skuad Seladang, Ahmad Kazir.

Luciano dan Sunday yang dimasukkan pada babak kedua permainan berhasil memberi perubahan positif kepada skuad di bawah bimbingan Yusri Che Lah sehingga jaringan penyamaan dari Alif Zikri terhasil pada minit ke-82.

Perlawanan itu menyaksikan Perak FC II dan KLC E masing-masing membawa satu mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram