Disamakan dengan Pawi, dengarnya Al-Hafiz ada senjata rahsia


  • Podium
  • Jumaat, 31 Mac 2023

Al Hafiz (kiri) ketika bersama KDA FC dalam aksi Liga Super musim ini. — Facebook/KDAFC

DALAM kancah Liga Malaysia, Safawi Rasid merupakan antara pemain sayap tempatan yang kehebatannya diakui.

Sejak kemunculannya bersama Johor Darul Takzim (JDT) pada 2017, yang berusia 26 tahun dilihat menjadi antara tonggak utama barisan serangan gergasi bola sepak negara

Sepanjang 114 penampilannya bersama skuad Harimau Selatan, Safawi yang merupakan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu berjaya menyumbang 32 gol dan merekodkan 16 bantuan gol.

Malah dia juga menjadi antara pemain utama serangan skuad negara melalui 18 gol yang diperolehi daripada 46 perlawanan.

Kehebatan Safawi turut menarik perhatian kelab luar negara.

Malaysia's forward Safawi Rasid celebrates after scoring a goal against Indonesia during the 2022 World Cup-2023 Asian Cup second-round qualifying Group G match at the National Stadium in Bukit Jalil, November 19, 2019. GLENN GUAN/The Star

Safawi ketika beraksi bersama skuad Kebangsaan.

Selain pernah menimba pengalaman di kelab Liga Portugal, Portimonense SC selama separuh musim, dia kini turut direkrut di kelab di Thailand, Ratchaburi FC pada musim ini secara pinjaman.

Bersama pasukan di tangga kelima Liga Thailand itu, Safawi turut menjadi antara pemain pilihan untuk mengisi kesebelasan utama sejak menyertai pasukan tersebut.

Selain memiliki tubuh yang agak sasa, kelincahan dan keupayaann Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 itu untuk melakukan rembatan deras terutamanya dari kaki kiri menjadikannya antara baka pemain yang sukar ditemui dalam bola sepak negara.

1907732

Safawi ketika beraksi bersama Ratchaburi FC. — Instagram/Safawi

Jadi penyokong bola sepak tempatan pastinya merindukan kelibatnya yang sentiasa memberikan yang terbaik selain mencipta sesuatu perkara yang cukup menakjubkan setiap kali beraksi di atas padang.

Namun begitu, di sebalik pemergian Safawi, peminat setia Liga Super tidak perlu menunggu lama untuk mencari pengganti yang memiliki kualiti serupa dengan kehadiran tonggak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Al Hafiz Harun.

Memetik laman Instagram ekorharimaumalaya, pemain kelahiran Sik, Kedah itu adalah pemain yang memiliki potensi besar sekiranya mampu memperagakan aksi konsisten.

335322265_2331718130340331_8057950959512590573_n

Al Hafiz disifatkan mempunyai kualiti kaki kiri yang setanding dengan Safawi. — Facebook/KDAFC

"Pemain yang bersemangat waja dan bangkit dari kecederaan ACL dan kembali kepada prestasi terbaik," ujarnya.

Berusia 28 tahun, Al Hafiz yang beraksi bersama Penang FC pada musim lalu menjadi pilihan utama Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain pada musim ini dengan tampil sebagai kesebelasan utama di kesemua lima perlawanan Liga Super.

Di samping itu, pemain berkaki kiri itu juga berjaya mencatatkan satu gol bagi skuad Sang Kenari, malah ada antara penyokong bola sepak negara yang menyamakannya prestasi ditonjolkannya itu seperti Safawi.

"Selain Safawi, kita juga ada dia as pemain sayap berkaki kiri," ujar aaron_ridz.

"Dekat Penang dia perform teruk," ujar syhmy._14. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram