SKUAD kebangsaan berjaya mencipta kemenangan manis apabila menewaskan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Khamis.
Kemenangan tersebut diperolehi melalui jaringan tunggal daripada penyerang Harimau Malaya, Akhyar Rasyid dibantu oleh Corbin Ong pada minit ke-29 yang berjaya membolosi gawang Turkmenistan membuktikan kehebatan skuad kendalian Kim Pan-gon.
Walaupun begitu, ketika perlawanan tersebut, pemain sayap yang diberikan debut pertamanya, Fayadh Zulkifli Amin hanya sempat beraksi antara 15 hingga 20 minit sahaja bersama skuad negara.
Fayadh perlu bersaing dengan pemain skuad kebangsaan untuk menjadi kesebelasan utama di SSI.
Hal ini kerana, gandingan hebat daripada barisan utama skuad negara menyukarkan pemain berusia 24 tahun itu untuk menunjukkan aksi cemerlang.
Namun begitu, rata-rata penyokong tidak henti-henti mengharapkan agar Fayadh berusaha lebih bersungguh-sungguh jika ingin setanding dengan pemain-pemain yang berpengalaman dalam bola sepak.
"Dari segi kualiti, Fayadh masih ada kekurangan dan kelemahan berbanding nama-nama besar seperti Arif Aiman, Safawi Rashid, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, empat pemain ini berada satu tahap lebih tinggi berbanding dari segala aspek.
"Apa pun tahniah Fayadh, sejak debut pada 9 Oktober 2021 lepas, 23 Mac 2023 dia dapat peluang lagi. Pulun lagi Fayadh, mana tahu ada rezeki boleh tampil lebih baik di masa depan," kata Don K-Rul IZham.
"Ok saja lah, tak terlalu teruk pun, sebab semalam Fayadh ada 3 kali menang pressing. Ada dua tiga kali juga buat successful takes on,untuk penyokong kita jangan pulak samakan dengan Akhyar, dia walaupun tak main di kelab, nama dia sentiasa dalam call up. Dia tahu macam mana cara nak deliver dalam skuad kebangsaan itu," kata Lazar Fauzanovic.
"Confident kurang, kena pulun lagi supaya kerap kena call up," kata Mohamad Faizal Wahab.
Oleh itu, Fayadh perlu mendapat kepercayaan jurulatih negara agar disenaraikan sebagai kesebelasan utama skuad negara.
Tambahan pula, skuad negara akan sekali lagi berpeluang menunjukkan kemampuan ketika berdepan pasukan Hong Kong di venue sama pada 28 Mac. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram