EMRAZ Travel dan Tours Sdn Bhd (EMRAZ) yang dilantik pertama kali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim haji tahun ini gembira dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai sempena Karnival PJH yang berlangsung di Putrajaya selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu.
Ketua Pegawai Operasi, Shahrul Izuan Shafie berkata, sambutan di Karnival PJH adalah luar jangkaannya dan pihaknya sangat gembira ramai pelanggan tertarik dengan pakej-pakej haji yang ditawarkan oleh EMRAZ.
Katanya, ramai pengunjung di Karnival PJH mendaftar dengan EMRAZ apabila mengetahui pihak syarikat menyediakan penginapan di Hotel Makarem Firdous dan Hotel Dar Al Salah ketika berada di Aziziah (sebelum jemaah pergi melontar) kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan jutaan jemaah lain.
Antara pelanggan yang tertarik mendaftar dengan EMRAZ untuk menunaikan haji.
"Berdasarkan maklum balas, kebanyakan pengunjung tidak keberatan untuk membayar lebih setelah membuat perbandingan dengan pakej haji syarikat-syarikat lain kerana lebih mementingkan keselesaan ketika beribadah.
"Kami percaya dapat mencapai sasaran membawa 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci melalui pakej-pakej haji yang ditawarkan," katanya.
Shahrul Izuan juga percaya lebih ramai bakal jemaah akan mendaftar dengan EMRAZ setelah rayuan haji diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji.
Untuk rekod, EMRAZ merupakan antara 23 PJH yang dilantik Tabung Haji pada tahun ini.
EMRAZ menawarkan tiga pilihan pakej haji iaitu Silver, Gold dan Platinum dengan harga yang berbaloi dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat selari dengan slogan #EMRAZuntukSEMUA.
Pakej Haji Silver menawarkan harga serendah RM49,990 seorang dengan jemaah haji bakal menikmati kemudahan yang selesa termasuk penginapan di Hotel Mira Ajyad atau setaraf di Makkah dengan jarak 300 meter ke Dataran Masjidil Haram.
Manakala, di Madinah, Hotel ODST atau setaraf berjarak 180 meter ke Dataran Masjid Nabawi bagi tempoh selama 42 hari.
Bagi Pakej Haji Gold dan Platinum pula, masing-masing berharga RM79,990 dan RM109,990 yang menyediakan hotel dengn jarak hanya 50 meter ke Dataran Masjidil Haram dan Dataran Masjid Nabawi.
Selain itu, mana-mana jemaah yang mendaftar pakej haji dengan EMRAZ berpeluang menziarahi kawasan bersejarah perang Badar dan juga Taif secara percuma tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.
Lebih menarik, jemaah yang terpilih turut akan menikmati diskaun RM1,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram