KEMENANGAN Sabah FC menewaskan Penang FC 5-2 dalam aksi Liga Super menjadikan skuad The Rhinos itu digeruni oleh pasukan lain. Skuad itu memegang rekod empat kemenangan dengan satu kali seri.
Namun begitu, The Rhinos juga perlu lebih berjaga-jaga dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana memegang rekod tanpa kalah yang mana berhasil menundukkan pasukan lawan dalam lima perlawanan dengan mengutip 15 mata.
Pertembungan kedua pasukan yang berada tangga teratas liga itu menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai perlawanan sengit antara dua calon juara Liga Super musim ini.
Namun begitu, Sang Badak perlu memantapkan bahagian serangan untuk mematahkan pertahanan skuad JDT yang dikatakan sukar dibolosi.
Pasukan The Rhinos memikul tanggungjawab besar dalam menentang skuad Harimau Selatan. — Instagram/officialsabahfc
Datuk Ong Kim Swee, memainkan peranan penting dalam menggalas segala percaturan untuk berdepan dengan pendahulu liga itu.
Jurulatih skuad Sang Badak wajib mnyediakan lebih daripada satu strategi untuk mengejutkan JDT terutamanya bahagian pertahanan.
Skuad The Rhinos perlu bersiap sedia untuk menghadapi suasana stadium yang begitu meriah dengan kehadiran penyokong tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 31 Mac. Sudah pasti kunjungan tersebut menjadi lebih dramatik kerana kedua pasukan perlu memenangi perlawanan itu untuk menjadi pendahulu Liga Super.
Kehadiran penyokong tuan rumah akan membangkitkan lagi semangat skuad Harimau Selatan dan semakin mengoyahkan corak permainan pasukan Sang Badak.
Oleh itu, mentaliti pemain Sabah FC perlu kental dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi di stadium tuan rumah.
Di samping itu, rata-rata penyokong Sabah FC memberikan pandangan terhadap perlawanan yang dikatakan sengit.
Anak-anak buah Kim Swee perlu menggalas tanggungjawab yang berat untuk meletakkan skuad itu setanding dengan pasukan JDT.
"Pertahanan JDT bukan calang-calang, pemain Sabah perlu banyakkan percubaan dari jarak jauh terutama Saddil, Telmo, Jailton dan Park, tendangan kencang," kata Simon M Urangkita.
"Formasi 4-4-3 buat serangan dari sayap dan berani bawa masuk dekat kotak penalti kalau susah mahu tembus pertahanan, peranan pemain sayap paling penting bagi memecahkan formasi mereka,kemahiran individu perlu tinggi di samping bermain secara pasukan. Apabila menyerang kena serang tanpa belas kasihan dan bila bertahan, seluruh pasukan akan bertahan," kata Lebrien Dolin.
"Sabah harus buat percubaan dari jarak jauh untuk menggugatkan pertahanan JDT," kata Saharinomar Saharinomar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram