Tanda 'titik' jadi tanda tanya, fans TRW risau Cifu berubah hati


  • Podium
  • Ahad, 26 Mac 2023

Cifu seolah-olah memberi bayangan berubah hati untuk menyertai kelab lain pada jendela kedua nanti. — Instagram

KEHADIRAN pemain import Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes sememangnya dilihat memberi nafas baharu kepada kelab tersebut selepas berjaya Skuad The Red Warriors (TRW) itu berjaya mendapat tempat dalam kancah Liga Super musim ini.

Walaupun berada dalam tangga ke-10 liga pada ketika ini, penyokong yakin skuad kendalian Choi Moon-sik itu memberikan saingan kepada pasukan bola sepak tanah air.

Apatah lagi dengan barisan pemainnya yang dilihat semakin serasi ketika di atas padang sekarang.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan penyokong mengharapkan pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman untuk mengekalkan barisan pemain yang sedia ada terutamanya pemain import kesayangan mereka yang lebih dikenali sebagai Cifu itu.

cifu IG

Tangkap layar Instagram Cifu yang memuat naik gambar di SSI. — Instagram/Cifu

Ini kerana dia yang sudah beraksi lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini bermain dengan cukup baik apabila pemain pertahanan itu sudah mula menunjukkan aksi yang cemerlang.

Pemain berasal daripada Sepanyol membantu skuad kendalian Moon-sik dengan menjaringkan dua gol setakat ini, sekali gus dianggap sebagai watak utama kebangkitan TRW.

Walaupun jaringan Cifu masih tidak membantu Kelantan FC untuk mencatatkan kemenangan, sumbangan tersebut cukup besar kerana ia akan memberi kelebihan sepanjang musim.

Namun begitu, ada sesuatu yang meresahkan penyokong fanatik kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu pada ketika ini.

Hal ini kerana, pemain tonggak kesayangan mereka itu seolah-olah memberi bayangan berubah hati untuk menyertai kelab lain pada jendela kedua nanti.

cifu 1

Cifu mempunyai pengalaman dalam liga Sepanyol dengan menyertai beberapa pasukan besar di La Liga. —Instagram

Cifu dilihat kerap memuat naik gambar aksi perlawanan Kelantan menentang Johor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 11 Mac lalu di akaun Instagram peribadi miliknya.

Pemain berketinggian 174 sentimeter itu juga dilihat lebih selesa meletakkan kelab Johor Southern Tigers sebagai lokasi 'check in' berbanding SSI.

Lebih menguatkan lagi bayangan, perkara tersebut dibuat dalam gambar-gambar terakhir Cifu yang dimuat naik pada Sabtu.

Malah, Cifu hanya meletakkan kapsyen titik noktah pada gambar tersebut sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya pada penyokong.

Menjengah ke ruangan komen, faid_ syariman menyedari, pemain import kesayangannya itu sudah lima kali berturut-turut memuat naik gambar berlatar belakangkan SSI.

1985577

Cifu cemerlang Kelantan FC ketika menentang JDT. — Facebook

"Ini kali kelima sudah dia (Cifu) muat naik gambar di home JDT (SSI)," tulisnya.

fuad_k_z pula mengharapkan agar pemain berusia 32 tahun agar kekal bersama Kelantan FC.

" Cifu nak lari pergi mana? Jangan begitu, biar habis musim ini," tulisnya.

Adam^^K pula mempersoalkan tanda tiktik noktah pada kapsyen pemain import tersebut.

"Apakah maksud tanda titik noktah? Adakah benar Cifu akan pergi ke JDT seperti khabar angin sebelum ini? Pihak pengurusan perlu bertindak cepat," katanya.

Untuk rekod, sebelum menyertai skuad TRW, Cifu juga mempunyai pengalaman dalam liga Sepanyol dengan menyertai beberapa pasukan besar di La Liga seperti Malaga FC dan Girona FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram