Lama panaskan bangku simpanan, fans harap Haziq Nadzli turun lawan Sabah


  • Podium
  • Ahad, 26 Mac 2023

Penyokong mengharapkan Haziq akan diturunkan sebagai penjaga gawang utama ketika mentang Sabah FC pada Jumaat depan. — Facebook

KEMASUKAN penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi ke dalam skuad Johor Darul Takzim (JDT) menyebabkan bekas kapten pasukan, Farizal Marizal digugurkan daripada kesebelasan utama.

Ia dilihat sesuai dengan perancangan pihak pengurusan kelab yang sering mahu melangkah ke hadapan memandangkan usia dan kemampuan Farizal sedikit sebanyak dikritik sebelum ini.

Namun, Syihan yang sebelum ini beraksi bersama Negeri Sembilan FC tidak menunggu lama untuk mempamerkan prestasi memberangsangkannya apabila memastikan kubu JDT hanya dibolosi sebanyak sekali selepas lima perlawanan.

Jadi, bagi penyokong skuad Harimau Selatan, mereka pasti berpuas hati dengan pendekatan pihak pengurusan dengan Farizal ketika ini boleh beraksi sebagai senior dalam pasukan.

Namun, di sebalik kehadiran dua pemain dengan kemampuan masing-masing itu, seorang lagi penjaga gawang, Haziq Nadzli berdepan nasib yang sedikit meruntun hati peminat setia pasukan.

337873762_3519774228348253_5086230030915475004_n

Haziq Nadzli masih belum lagi belum membuat penampilan pertamanya pada musim ini. — Facebook

Dia yang sebelum ini bertindak sebagai pelapis kepada Farizal hanya perlu berpuas hati dengan status penjaga gol ketiga dalam perancangan ketua jurulatih JDT, Esteban Solari.

Pada masa sama, pemain berusia 25 tahun itu masih belum lagi belum membuat penampilan pertamanya pada musim ini.

Selain itu, jika melihat pada prestasinya sebelum ini tidaklah terlalu menghampakan kerana Haziq sudah pun mewakili JDT hampir enam tahun dan banyak menghabiskan waktu bersama JDT II sebagai penjaga gol utama pasukan itu.

Malah, Haziq juga boleh dikatakan sudah sebati dengan cara latihan yang diterapkan oleh JDT dan serasi dengan setiap pemain sekali gus sudah memahami corak permainan rakan sepasukan yang lain.

Malah, ketangkasan Haziq menjaga gawang skuad Harimau Selatan ketika menentang pasukan lain patut diberi pujian. Dia juga dilihat agresif setiap kali diturunkan sekali gus memberi tekanan yang tinggi kepada pemain lawan untuk menjaringkan gol.

Sehubungan itu, penyokong fanatik kelab bola sepak yang berpangkalan di selatan tanah air itu pastinya merindui aksi penjaga gawang muda tersebut dan mengharapkan Haziq akan diturunkan sebagai penjaga gawang utama ketika mentang Sabah FC pada Jumaat depan di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor nanti.

Seorang penyokong Alexander Zul berpendapat agar Haziq diberikan peluang menjadi penjaga gol utama JDT menentang Sabah FC nanti.

"Bagi dia (Haziq) main lawan Sabah. Syihan baru perform lawan Turkeministan," tulisnya.

Sementara itu Muhd Nezry Yusof pula turut meminta Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari diberikan peluang untuk beraksi.

"Haziq terbaik, dia tangkas, cekap, laju dan memiliki ketepatan dalam menangkap bola. Cumanya dia belum diberikan peluang," katanya.

Zulkifli Manan pula berasakan Haziq patut berada salam kesebelasan utama untuk mendapatkan minit permainan.

"Turunkan Haziq, bagi dia minit permainan. Jangan 'diperam' bakat muda. Sayang kalau duduk 'bench' lama-lama. Masa lawan Sabah FC ini dia patut tunjuk skil sebenar," katanya.

Kali terakhir Haziq itu diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi perlawanan JDT bertembung dengan pasukan Selangor FC pada September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram