JIKA anda masih mencari destinasi terbaik untuk menikmati juadah berbuka secara bufet sepanjang bulan Ramadan ini, terdapat destinasi yang sesuai dengan pelbagai menu disediakan kepada para pengunjung.
Pastinya, Ramadan kali ini anda mahukan kelainan berbanding bulan puasa terdahulu setiap kali berbuka puasa.
Mungkin hidangan bufet hotel atau restoran sudah menjadi kebiasaan buat anda dan kini tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, anda perlu merasai pengalaman untuk berbuka puasa di Zafza Kafe yang menyediakan hidangan ala kampung buat anak perantau yang mahu melepaskan kerinduan terhadap kampung masing-masing.
Pengasas Zafza Food Industries, Siti Salmah Abdul Hamid.
Pengasas Zafza Food Industries, Siti Salmah Abdul Hamid berkata, untuk Ramadan kali ini, Zafza Cafe menawarkan pakej Talam Ramadan Istimewa dengan menggunakan cogan kata mengimbau memori berbuka masakan ibu tercinta sepanjang bulan puasa.
Dengan adanya tawaran istimewa itu, ia akan memberikan peluang kepada pengunjung untuk memilih sendiri pelbagai juadah yang disediakan dalam set talam tersebut.
Hidangan utama pada bulan Ramadan ialah set lengkap sebanyak 49 jenis lauk disediakan yang dikenali sebagai set talam dengan menawarkan harga serendah RM49.90 satu talam untuk dua orang makan. Pengunjung boleh memilih set tersebut lengkap dengan nasi, lauk-pauk, minuman, pencuci mulut, kurma dan kuih-muih.
Set talam Ramadan yang menyediakan 49 jenis lauk kebanyakan daripada menu berasal daripada utara tanah air iaitu negeri Kedah, Penang dan Perlis.
Antara jenis hidangan yang disediakan dalam set lengkap 49 itu ialah ikan cencaru sumbat, kari ikan nyoq nyoq, udang masak asam jawa, sotong goreng kunyit,kari ayam thai, gulai lemak pisang muda, kangkung goreng belacan, paru goreng bawang dan banyak lagi.
Pelbagai jenis lauk yang disediakan antaranya sotong goreng kunyit.
"Minuman yang disediakan adalah secara free flow seperti teh tarik, sirap ros selasih, bandung cincau, teh ais limau, jagung berkrim,sambal, ulam-ulaman,kuih-muih, dessert atau pencuci mulut dan kurma disediakan secara bufet dan percuma," katanya kepada Majoriti.
Selain itu, kafe berkonsepkan moden dengan menu cita rasa klasik dengan gabungan resipi dua negara iaitu negara Malaysia dan Indonesia yang diinovasikan sendiri oleh pemilik kafe berusia 37 tahun itu. Lebih menarik lagi, menu masakan dan cita rasa yang ada di Zafza Kafe tidak akan sama di tempat lain.
Antara hidangan yang disediakan oleh Zafza Cafe.
Lebih menarik lagi, kafe itu menggunakan konsep 'Taste Kampung Style Hotel' yang mana menghidangkan pelbagai jenis masakan kampung dengan air tangan oleh cef-cef berpengalaman.
Terdapat tiga orang cef bertanggungjawab untuk menyediakan masakan tempatan tersebut dengan menggunakan resipi yang disediakan oleh Salmah sendiri.
Menerusi pengalaman daripada salah seorang cef kafe tersebut mengatakan bahawa masakan yang sedap akan terhasil bila seseorang itu ikhlas ketika membuatnya.
"Sebagai cef kita kena ikhlas memasak untuk pelanggan, jangan terburu-buru memasak dan jangan serabut kejar pesanan daripada pelanggan.
"Saya juga pernah ditegur masakan tidak sedap tapi itu adalah perkara biasa bagi seorang cef, tidak semua orang boleh masak apa lagi masak untuk orang lain," kongsinya.
Kuih-muih yang turut disediakan kepada pengunjung.
Selain itu, bagi memudahkan pelanggan beragama Islam untuk beribadah di bulan suci ini, Zafza Cafe juga semangnya menyediakan surau lelaki, surau perempuan dilengkapi dengan telekung dan sejadah, ruang VVIP, kafe yang berhawa dingin serta tandas.
Buah-buahan segar juga disediakan sebagai pencuci mulut kepada para pengunjung.
Di samping itu, kafe tersebut menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak bermain agar ibu bapa boleh menikmati makanan dengan tenang.
Malah, bagi pelanggan yang berskala besar, Zafza Cafe juga menyediakan ruangan mesyuarat eksklusif boleh memuatkan 20 orang dengan ruang privasi lengkap dengan kelengkapan mesyuarat.
Tambahan pula, Zafza Cafe menyediakan servis perkhidmatan dekorasi ruang acara mengikut tema majlis, kek sambutan majlis, buah tangan (doorgift), kad jemputan (E-card), bouquet, hamper dan banyak lagi.
Zafza Cafe terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor dan beroperasi bermula Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 pagi hingga 10 malam namun pada Sabtu dan Ahad pula dibuka pada pukul 8 pagi hingga 10 malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram