PENGENDALI skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain pastinya berasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan anak-anak buahnya walaupun taktikal yang digunakan masih menerima kritikan daripada penyokong.
Penyokong skuad Hijau Kuning itu berharap Nafuzi mengikut jejak langkah pengurus Barcelona, Xavi kerana pada awalnya dia juga mempunyai prestasi buruk dan kini telah menjadikan pasukan yang sukar dikalahkan.
"Harap Nafuzi Zain seperti Xavi,permulaan bimbingan Barcelona agak merunsingkan di La Liga, hasilnya semakin menjadi kenyataan menjuarai La Liga," kata penyokong KDA FC, Mohd Jamil Jamil.
"Nampak Nafuzi boleh bawa Kedah FC,beri dia masa untuk bentuk skuad,kena yakin dan percaya pada jurulatih, pemain dan pengurusan," kata Nik Mohd Zainy.
"Kita cuba lawan mana-mana skuad, jangan takut sebelum lawan, kena lawan baru tahu siapa kalah atau menang," kata Gee Brutelman.
Taktikal Xavi mengukuhkan kedudukan Barcelona di puncak La Liga.
Xavi yang juga merupakan legenda kelab Sepanyol itu berjaya menjulang pelbagai piala di peringkat kelab mahupun peringkat antarabangsa bersama Sepanyol FC, termasuk Piala Dunia 2010 dan tiga kejuaraan Liga Juara-juara UEFA (UCL).
Selepas bersara dalam dunia bola sepak, dia meneruskan kariernya sebagai jurulatih dengan membimbing pasukan yang berada dalam Liga Qatar, Al Sadd.
Xavi berjaya menunjukkan beberapa taktikal yang mencuri tumpuan banyak kelab kerana corak permainan yang diajar untuk kelab pertamanya sebagai pengurus itu merupakan strategi Barcelona ketika dia masih bermain dalam pasukan itu.
Pendekatan tiki-taka adalah cara yang digunakan oleh Xavi dengan taktik itu merupakan satu corak permainan yang sangat tenang sehingga penonton gemar melihat persembahan para pemain.
Selain itu, pihak lawan juga akan mudah berasa letih untuk menghadapi corak permainan ini sehingga boleh mnyebabkan kelebihan kepada teamnya.
Hal ini menyebabkan Barcelona membawa Xavi untuk mengendalikan pasukan tersebut dan Xavi memilih untuk menerima tawaran tersebut pada 2021 kerana dia merupakan penggemar kelab Sepanyol itu.
Namun demikian, prestasi Barcelona di bawah kendaliannya agak merundum pada awalnya kerana para pemain belum dapat mengadaptasi corak permainan tiki-taka yang dia gunakan.
Jadi, bagi membolehkan kejayaan dikecapi Barcelona, Xavi memilih untuk membawa masuk beberapa bintang terkenal di Eropah, seperti Robert Lewandowski, Raphinha serta pelbagai pemain lain untuk meningkatkan lagi keyakinan pasukannya.
Kini, pelaburan itu boleh dianggap berhasil dengan kelab Catalan itu sedang menduduki tangga teratas La Liga dengan 12 mata dibezakan dengan pencabar terdekat, Real Madrid.
Berbalik kepada Nafuzi, dia yang sebelum ini membina karier bersama Terengganu FC boleh dikatakan bermula dengan agak perlahan bersama kelab Utara tanah air itu.
Kekalahan memalukan di tangan PDRM FC menjadi satu titik gelap dalam karier pendeknya bersama KDA FC, lebih-lebih lagi apabila dia dilayangkan kad merah dalam aksi tersebut.
Ia diburukkan lagi dengan penyingkiran awal di tangan seteru Utara, Penang FC di peringkat awal Piala FA sehingga menyebabkan segelintir penyokong Hijau Kuning sangsi akan kebolehannya.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Kelantan itu sekali lagi mendapatkan kepercayaan ramai dengan dua kemenangan berturut-turut dalam liga ketika berdepan Kelantan United dan Kuching City FC.
Meskipun ada yang mula membandingkan pencapaiannya ketika bersama skuad Sang Penyu, pasti masih ramai yang percaya dengan kemampuan Nafuzi.
Pandangan itu turut disokong pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar yang cukup berminat dengan kebolehan serta karisma Nafuzi sepanjang bergelar jurulatih. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram