Selepas Mamut, seorang lagi import Terengganu wajar direhatkan berdepan Kelantan United


  • Podium
  • Rabu, 22 Mac 2023

Mamut (kanan) digugurkan selepas desakan daripada penyokong Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

TERENGGANU FC boleh dikatakan sedang dalam krisis apabila mereka masih tercari-cari rentak terbaik dalam Liga Super musim ini.

Tekanan pasti dirasakan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dengan rata-rata penyokong mula mendesak pengurusan kelab menyingkiran pengendali dari Croatia itu.

Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga permintaan daripada pengikut setia pasukan yang tidak mahu lagi melihat kelibat penyerang tinggi lampai, Ivan Mamut.

Desakan itu berpunca daripada kekecewaan yang dirasakan mereka apabila kualiti pemain berkenaan semakin diragui setiap kali diturunkan di atas padang.

Permintaan berkenaan sepertinya didengari dengan Mamut sudah tidak diturunkan dalam dua perlawanan Liga Super menentang PDRM FC dan Negeri Sembilan FC.

336640053_1193387601319549_4739117650145971475_n

Tomislav perlu segera mencari solusi terbaik untuk mengubah nasib Terengganu FC. Facebook/Terengganu FC

Meskipun berjaya mendapatkan tiga mata dalam salah satu aksi berkenaan, beberapa perkara masih tidak dapat diterima penyokong Sang Penyu melihat kepada kedudukan mereka dalam liga.

Baru-baru ini, tinjauan di media sosial mendapati terdapat cadangan yang mengatakan seorang lagi pemain import iaitu Sony Norde juga perlu digugurkan daripada kesebelasan utama.

Pandangan itu diluahkan seorang penyokong Terengganu FC, Wizi Ganu dengan berasakan penyerang sayap kelahiran Haiti berkenaan mempunyai sifat yang hanya merugikan pasukan.

"Sony Norde lima perlawanan tanpa sebarang gol ataupun bantuan gol, cara permainan pun tamak haloba. Boleh balik awal rasanya ni," katanya.

Ketika ini, bekas pemain Melaka United itu masih merupakan antara tonggak utama dalam skuad kendalian Tomislav dengan dia memulakan kesemua aksi Liga Super 2023.

Meskipun memberikan sinar harapan sepanjang tempoh pramusim, sentuhan Sony di hadapan pintu gol masih mengecewakan, apatah lagi dengan pasukan Pantai Timur itu hanya menjaringkan dua gol setakat ini.

337135354_164565556458100_6217155005139438281_n

Adakah Sony antara punca ketumpulan jentera serangan Sang Penyu? Facebook/Terengganu FC

Cadangan berkenaan sepertinya diterima baik rata-rata pengikut setia Terengganu FC yang sekali lagi mendesak perubahan drastik diambil pihak kejurulatihan.

"Betul, bola dah boleh diberikan kepada rakan sepasukan, boleh pula dia melengahkan masa secara berseorangan sepertinya tidak percaya dengan pasukannya," kata Mohd Azmi.

"Dia ingat bahawa dia seperti Lionel Messi, boleh mudah-mudah menembusi benteng pertahanan lawan? Messi sekurang-kurangnya boleh masuk ke dalam kotak penalti," kata Haziq Danial.

"Memegang bola, tetapi akhirnya tiada sebarang kesudahan. Hanya merencanakan dan menghancurkan peluang pemain lain untuk menjaringkan gol," kata Abdol Al-Shirku.

Musim lepas, Sony merupakan antara penyerang terbaik Liga Super bersama skuad Hang Tuah apabila dia menjaringkan dua gol di samping mencipta lima bantuan jaringan.

Kini, skuad Sang Penyu hanya perlu berpuas hati apabila berada di kedudukan kesembilan selepas mengumpul empat mata selepas lima perlawanan Liga Super.

Terengganu FC mempunyai peluang untuk menambah baik kedudukan mereka apabila bakal menerima kunjungan Kelantan United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 31 Mac. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram