Ayron bukan 'scammer', fans dedah kenapa tak menjadi dengan Selangor


  • Podium
  • Selasa, 21 Mac 2023

Ayron hanya menjaringkan dua gol selepas lima perlawanan Liga Super. — Facebook/Selangor FC

SELEPAS kekalahan besar di tangan Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-4 di halaman sendiri dalam perlawanan Liga Super baru-baru ini.

Beberapa pemain import skuad Gergasi Merah mula menjadi bualan penyokong apabila menampilkan aksi yang tidak konsisten selepas lima perlawanan.

Antara topik bualan dalam kalangan penyokong ialah pemilihan kuota import sehingga ada daripada mereka mengatakan pihak pengurusan Selangor sering ditipu oleh ejen dengan membawa pemain-pemain 'scammer'.

Salah seorang yang menjadi topik hangat ialah penyerang kelahiran Colombia, Ayron del Valle berikutan prestasinya yang kelihatan tidak cemerlang ketika bertemu JDT pada Jumaat.

Bersama skuad Gergasi Merah, penyerang berusia 34 tahun itu hanya menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan Liga Super.

Keputusan penuh Selangor bertemu JDT pada Jumaat. — Facebook/Selangor FC

Namun, laman Facebook Selangor Fanatik Official dalam satu hantaran menjelaskan Ayron bukan 'scammer'.

"Penyerang tugas untuk menjaringkan gol, tapi kalau tak dapat jaringkan gol, memang tugas coaching staff untuk study kenapa pemain tak dapat jaringkan gol.

"Tapi untuk kes Ayron, tak wajar kita kata dia pembelian scam sebab memang dia ada rekod yang baik dan terbukti bersama kelab lama.

"Mungkin adjustment dia dengan jentera tengah dan partner serangan yang mungkin perlu sedikit masa lagi untuk adaptasi corak permainan," katanya dalam Facebook.

Yazan Al-Arab

Selangor mengekalkan khidmat Yazan Al-Arab bagi musim 2023. — Facebook/Selangor FC

Tambahnya lagi, masalah terjadi apabila anak buah Tan Cheng Hoe lambat dalam membina serangan dan menutup ruang kosong ketika bertahan.

"Faisal Halim jenis 'inverted' winger macam Arjen Robben dan Hein Htet Aung pula modern winger yang buka ruang pada penyerang.

"Tapi masalahnya ialah attacking line lambat respons bila permainan dalam mode menyerang yang buat pertahanan lawan dah dapat tutup ruang defending mereka dan kita terlepas peluang cipta gol.

"Di kawasan tengah sendiri pun dalam lima perlawanan rasanya pelbagai gandingan yang Cheng Hoe dah cuba, sudah pasti mereka semua masih tercari-cari rentak dan taktikal yang sesuai," jelasnya.

Orozco

Yohandry Orozco masih belum dapat menembusi skuad kesebelasan utama Selangor. — Facebook/Selangor FC

Dalam pada itu, Selangor Fanatik Official turut mengajak penyokong Gergasi Merah untuk bersabar dan menilai pemain import baharu sepanjang kempen liga musim 2023.

"Dua gol dalam lima perlawanan dan bukan dari penalti, bukanlah satu debut yang teruk untuk seorang pemain baru yang datang dari benua asing.

"Jadi untuk musim 2023 ini biar menjadi lapangan untuk kita menilai bekas penjaring terbanyak tiga kali Liga Columbia ini," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram