'MANA Luqman Hakim? Bukan dia cemerlang main 'friendly' dengan Njarðvík ke?'
Itulah pertanyaan yang dilontarkan penyokong Harimau Muda apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain skuad bawah-23 (B-23) tahun pada Khamis.
Nama-nama pemain muda yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan B23, E. Elavarasan ternyata ramai yang mempunyai pengalaman bersama skuad senior.
Pemain yang menarik untuk disaksikan penyokong tempatan adalah, Mukhairi Ajmal, Ruventhiran, Zikri Khalili, Azam Azmi dan banyak lagi.
Skuad muda negara dipanggil bagi menghadapi kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bertemu Kemboja B-22, Singapura B-22 dan Hong Kong B-22.
Senarai penuh pemain-pemain Harimau Muda yang dipanggil oleh Elavarasan. — Facebook/FAM
Walaupun pilihan pemain kali ini dilihat sangat baik, namun masih timbul persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak dengan kehilangan beberapa tonggak utama.
Luqman Hakim antara pemain yang menjadi persoalan penyokong bola sepak kerana tidak dipanggil ke dalam skuad Harimau Muda.
"Okay senarai pemain kali ini, ada pemain yang dah ada pengalaman main skuad utama, tapi beberapa nama macam Luqman Hakim dan Aliff Haiqal masih tercicir," kata Khairul Anuar.
"Mana Aliff Haiqal? dia playmaker Selangor itu," soal Ai Riz.
"Perlahan-perlahan Ramadhan Saifullah hilang dari radar skuad senior dan B-23," ujar Muhammad Shahrulanwar.
Walaupun tiada nama-nama pemain yang disebut oleh penyokong, namun rata-ratanya tidak sabar untuk melihat pasukan Harimau Muda ini beraksi dalam kejohanan Piala Merlion 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram