'Satu geng JDT senyum', penyokong usik TMJ bakal bos baru Paulo Josue


  • Podium
  • Ahad, 19 Mac 2023

Paulo Josue selepas perlawanan bertemu Kelantan FC pada Jumaat. — Facebook/KL City FC

PEMAIN-PEMAIN Harimau Malaya kembali berkumpul selepas kali terakhir dipanggil ketika kejohanan Piala AFF 2022 yang menyaksikan skuad kebangsaan mara ke separuh akhir.

Panggilan skuad kebangsaan kali ini dihadiri ramai pemain-pemain baru dan lama untuk menghadapi perlawanan persabahatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Dua pemain naturalisasi baru, Endrick dos Santos dan Paulo Josue menepati ramalan ramai untuk dipanggil ke dalam skuad kebangsaan kali ini.

Seorang lagi pemain warisan, Nooa Laine turut mendapat perhatian penyokong bola sepak apabila buat pertama kali dipanggil ke dalam skuad kebangsaan.

Namun sebuah gambar Josue yang merupakan bintang Kuala Lumpur City, sedang bersalaman dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) mendapat usikan orang ramai.

Malah dalam gambar tersebut, ketika Josue bersalaman dengan TMJ, pemain-pemain JDT sedang senyum dan berada di sekitar mereka berdua.

336361347_1539822569858986_4436110121236635200_n

TMJ ketika bersalaman dengan pemain-pemain Harimau Malaya. Facebook/FAM

"Salam-salam ada makna ini, mungkin bakal bos baru," kata Rasidah Mohamad.

"Satu geng JDT tersenyum sahaja itu, senyum ada makna itu," jelas Haqeem Firdaus.

"Mereka sedang pre trial untuk JDT itu," ujar Balya Alfi.

"Tengah bincang dengan Josue untuk tahun depan punya tempat persinggahan," luah Mokhzanie Zinal.

Malaysia akan terlebih dulu menentang Turkmenistan pada 23 Mac (Khamis) manakala Hong Kong pada 28 Mac (Selasa) dan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram