Selain rindu Ifedayo dan Oliver Buff, penyokong beri 4 sebab bintang Vietnam patut sertai Selangor


  • Podium
  • Ahad, 19 Mac 2023

Skuad kebangsaan Vietnam. — Agensi

PASUKAN Selangor FC nampaknya sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Johor Darul Takzim (JDT) apabila mereka tewas dengan keputusan 0-4 di Stadium MBPJ, Selangor pada Jumaat.

Kekalahan Selangor itu turut mendapat pelbagai reaksi dari penyokong-penyokong bola sepak apabila mereka menganggap skuad Gergasi Merah merupakan antara pencabar terkuat JDT untuk musim ini.

Pemain-pemain import Selangor antara menjadi bualan penyokong apabila perbezaan kualiti import skuad Harimau Selatan.

Malah penyokong turut mahu dua bekas import mereka Oliver Buff dan Ifedayo Olusegun kembali bersama skuad Gergasi Merah bagi memantapkan jentera serangan Selangor FC.

Namun nama seorang pemain kebangsaan Vietnam turut dipetik oleh penyokong Selangor untuk menyertai mereka ketika jendela perpindahan kedua dibuka.

Ini merupakan empat sebab kenapa penyokong Selangor mahu Nguyen Quang Hai sertai skuad Gergasi Merah.

quang-hai-1-357-1678006115-151155

Quang Hai menyertai Pau FC pada 2022. Agensi

1. Pengalaman

Nguyen Quang Hai seorang pemain kebangsaan Vietnam yang mempunyai banyak pengalaman dalam pertandingan domestik dan antarabangsa di Vietnam.

Baru berusia 25 tahun, Quang Hai sudah mencatatkan 42 kaps bersama skuad kebangsaan Vietnam dan 10 jaringan gol.

Quang Hai pada 2022 baru menyertai Pau FC di dalam Liga Divisyen Kedua Perancis dan berjaya menjaringkan satu gol dan 12 penampilan.

Di Liga Vietnam Quan Hai menyertai beberapa pasukan seperti Hanoi T&T FC, Sai Gon FC dan Ha Noi FC.

ya7anji537m4ponkuofh

Quang Hai boleh menjadi aset jangka masa panjang buat Selangor FC. Agensi

2. Masih Muda

Dalam usia muda, Quang Hai mengecapi pelbagai kejuaraan bersama kelab dan pasukan kebangsaan Vietnam.

Antara kejuaraan yang dikecapi Quang Hai adalah Piala AFF, Piala Liga Vietnam, dan beberapa kejohanan di VIietnam.

Dengan usia muda, Quang Hai boleh menjadi aset jangka masa panjang buat Selangor FC.

thong-ke-sieu-an-tuong-cua-quang-hai-sau-ban-thang-dang-cap-the-gioi-vao-luoi-malaysia-bb-baaad3yU6P

Quang Hai ketika bertemu Harimau Malaya. Agensi

3. Ancaman Harimau Malaya

Sosok pemain kelahiran Vietnam, Quang Hai sentiasa memberi ancaman buat pasukan kebangsaan setiap kali Malaysia bertemu skuad Naga Emas.

Ketika bertemu skuad kebangsaan, Quang Hai berjaya menjaringkan dua gol, tiga assist dalam lima perlawanan menentang Malaysia.

Quang Hai sudah pastinya mengenali corak permainan pemain-pemain tempatan kerana sudah biasa berjumpa pemain-pemain negara.

Ayron

Ayron del Valle. Facebook/Selangor FC

4. Lebih murah berbanding import sedia ada

Dengan harga yang lebih murah berbanding import pasukan Selangor musim ini, Quang Hai dilihat lebih berbaloi untuk direkrut oleh pihak pengurusan Gergasi Merah.

Kualiti yang ada pada Quang Hai tidak perlu lagi dipertikai apabila dia menjadi perancang utama skuad kebangsaan Vietnam.

Import Selangor setiap musim sering kali digelar 'scammer' dengan membawa Quang Hai laungan itu mungkin tidak akan dengar kembali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram