Masih tiada kelab, penyokong seru 'ex-import' selamatkan TFC


  • Podium
  • Ahad, 19 Mac 2023

Skuad Terengganu FC pada 2021. — Facebook/TFC

PRESTASI pasukan Terengganu FC (TFC) kini masih lagi terumbang-ambing walaupun sudah memasuki perlawanan kelima Liga Super.

TFC hanya berjaya mengutip lima mata dari lima perlawanan dan merekodkan satu kemenangan, satu seri serta tiga kekalahan dalam lima perlawanan terakhir.

Pihak pengurusan TFC musim ini bertindak untuk tidak menyambung kontrak Nafuzi Zain dan melantik Tomislav Steinbruckner sebagai pengendali Skuad Sang Penyu.

Petrus Shitembi beraksi bersama TFC pada 2022. Facebook/TFC

Setakat ini percaturan dari pihak pengurusan dilihat masih lagi tidak menunjukkan hasil positif apabila tidak dapat mengulangi seperti kerjayaan musim lalu.

Malahan pemain-pemain import yang dibawa oleh Tomislav turut mendapat kritikan daripada majoriti penyokong TFC.

Terengganu musim ini membawa masuk Sardor Kulmatov, Ivan Mamut, Domagoj Pušić, Adisak Kraisorn, Sony Norde, Omid Nazari dan mengekalkan beberapa import lain.

Penyokong Terengganu kini menyeru dua nama bekas pemain import skuad Sang Penyu yang pernah cemerlang beraksi bersama kelab dari pantai timur itu.

Dechi Marcel beraksi bersama TFC pada 2021. Facebook/TFC

Dua nama tersebut adalah Dechi Marcel dan Petrus Shitembi yang kini masih bergelar ejen bebas.

"Tolonglah ambil balik Petrus dengan Dechi main dengan TFC, buang Pusic, Liridon dan Ivan," kata Ariy Liza

"Marcel boleh naturalisasi dah kalau ikut tahun bermain di Malaysia," ujar Ahmad Amer.

"Petrus itu top assist TFC musim lepas, tak pernah dibuat orang kelab buang top assist," kata Mohd Talib.

"Dua orang ini wajib ambil balik bagi hidup dekat tengah," jelas Payoh Base.

Terengganu selepas ini akan bertemu Kelantan United di halaman sendiri pada 31 Mac (Jumaat). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram