Bukan sahaja LTK, tapi fans ditegur jangan cepat 'koyak' jika mahu setia bersama Perak


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mac 2023

Aksi pemain Perak dan Pahang ketika perlawanan pada Khamis.

SUASANA Stadium Ipoh, Perak kecoh seketika selepas Perak FC teruk dibelasah 0-3 di tangan Sri Pahang FC pada Khamis.

Dalam aksi kelima Liga Super itu, Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dilapor bertikam lidah dengan penyokong.

Apatah lagi, skuad The Bos Gaurus berdepan dengan kekalahan kali ketiga pada musim ini menyebabkan penyokong tidak berpuas hati.

Tidak berakhir setakat itu, terdapat segelintir penyokong Perak yang menggesa Teong Kim supaya berjiwa besar sekiranya mahu kekal bersama pasukan tersebut.

Screenshot 2023-03-17 211414

Tangkap layar video aksi pertengkaran Teong Kim dan penyokong Perak.

Ini termasuk tidak cepat melatah atau 'koyak' apabila mendapat kecaman atas persembahan ditunjukkan skuad itu.

Namun, desakan tersebut tidak hanya ditujukan kepada Teong Kim, malah, ia juga perlu diterapkan kepada penyokong itu sendiri.

Tulis Adzha Abdullah: "Ramai juga fans yang tak berjiwa besar. Management dah target pertengahan liga. Lebih daripada itu adalah satu bonus."

Muhammad Najib berkata: "Jadi penyokong atau peminat kena berjiwa besar juga."

Tambah Faiz Burhan: "JDT (Johor Darul Takzim) tahun 2013 masa dia pulun semua top player ada menang apa-apa? Come on, kita baru nak rebuild, fans kena berjiwa besar juga bro."

336271565_1259210978012620_3145404522609094158_n

Kesebelasan utama Perak FC dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC pada Khamis.

Ujar Fikri Othman: "Jadi fans pun kena berjiwa besar dan berfikiran matang. Ini baru berapa game kalah dah provok. Patutnya bagi semangat. Jenis tak bersyukur kalau tak kerana XOX beli dah haub Perak ni."

Perak berada pada tangga ke-enam setakat ini, dengan tekanan semakin memuncak untuk melihat pasukan terus meraih kemenangan.

Dalam perlawanan seterusnya, Perak akan berdepan Penang FC pada 31 Mac ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram