Tak kira bangsa dan agama, rakyat setuju larangan konsert ketika cuti umum Islam


Kumpulan K-pop, Blackpink ketika sesi bergambar selepas mengadakan sesi bergambar di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Februari 2019.

SEBAGAI negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, sikap rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya hormat-menghormati terhadap ibadah agama lain wajar dipuji.

Ia bermula apabila sebilangan besar penduduk yang menganut agama lain di negara ini menyokong larangan artis luar negara mengadakan konsert pada awal Ramadan yang bakal tiba. Umum diketahui Melaka, Kedah dan Johor sememangnya menetapkan cuti umum sehari sebelum bulan mulia itu.

Vivenshan Sugumaran meluahkan pandangan secara sinis: "Hormati setiap agama. Kami lebih pilih bazar Ramadan berbanding konsert. Boleh tak kita anjurkan bazar setiap tiga bulan atau setiap bulan?"

Tulis Kumar Udhaya: "Setiap rakyat Malaysia menghormati bulan Ramadan. Jom kita bersama-sama raikan rakan Muslim menyambut bulan Ramadan dengan lebih aman. Kita sebagai rakyat Malaysia kini dan selamanya menghormati antara satu sama lain."

Tambah Yeshmitra Nair: "Ya, kita adalah rakyat Malaysia dan mesti menghormati bulan Ramadan."

Jelas Abdul Karim Ikhwan: "Sesuatu yang dihargai, sekiranya ia selaras dengan budaya dan tuntutan agama majoriti penduduk di negara ini."

553

Kumpulan Westlife mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menafikan laporan media berhubung garis panduan untuk persembahan artis luar negara, yang memetik Menterinya, Fahmi Fadzil.

Kementerian itu dilapor berkata, Fahmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

"Garis panduan Puspal (semakan terbaharu) bertarikh 31 Disember 2022 di laman web KKD bertujuan memudahkan dan melonggarkan syarat bagi pihak berkaitan berurusan dalam melakukan penggambaran filem asing serta persembahan artis luar negara," katanya.

Sebelum ini, The Star melaporkan, di bawah garis panduan baharu itu, artis luar negara tidak lagi dibenar mengadakan konsert besar serta persembahan langsung sehari sebelum dan pada hari cuti umum Islam mulai 2024.

Ia meliputi keseluruhan bulan Ramadan, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram