Asyik dapat ‘1st eleven’ Sang Kenari, prestasi Fayadh masih belum dianggap selevel Mickey, Arif Aiman


  • Podium
  • Selasa, 14 Mac 2023

Fayadh ketika beraksi menentang Kelantan United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Isnin. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul (KDA) FC akhirnya berjaya kembali merekodkan pada perlawanan keempat Liga Super 2023 menentang Kelantan United FC pada Isnin selepas mengalami kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan sebelumnya.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan itu, skuad Sang Kenari berjaya mencatatkan kemenangan tipis 3-2 melalui dan membolehkan pasukan berada di kedudukan keempat dalam carta liga.

Keputusan yang direkodkan itu sudah pastinya memberi nafas lega kepada penyokong selepas KDA FC dilihat memulakan kempen musim ini dengan aksi yang agak sedikit terumbang ambing susulan beberapa kekalahan dialami.

Dalam perlawanan tersebut, gol pasukan Hijau Kuning masing-masing disumbangkan oleh penyerang, Willian Lira dan pemain sayap kanan iaitu Manuel Hidalgo dan Al-Hafiz Harun.

333899525_744118040687836_2494364563556927719_n

KDA FC berjaya bangkit daripada ketinggalan satu gol bagi menewaskan Kelantan United FC dalam perlawanan dilangsungkan pada Isnin. Facebook/KedahDarulAmanFC

Di sebalik kemenangan tersebut, rata-rata penyokong masih belum berpuas hati dengan corak permainan ditunjukkan oleh pasukan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila KDA FC dilihat bergelut untuk mempunyai kemenangan selesa ketika menentang pendatan baharu Liga Super musim ini seperti Kelantan United FC yang kini berada di kedudukan tercorot liga.

Pada masa sama, terdapat juga pemain tertentu yang mendapat kritikan daripada penyokong ekoran prestasi ditunjukkan.

Yang terbaru mendapat perhatian penyokong skuad Hijau Kuning adalah pemain sayap lincahnya, Fayadh Zulkifli yang dilihat masih tidak mencapai standard permainan diharapkan.

Menurut mereka, pemain berusia 24 tahun itu seharusnya memberikan lebih banyak sumbangan terhadap barisan serangan KDA FC selepas dipilih untuk terus membarisi kesebelasan utama dalam hampir kesemua perlawanan awal liga musim ini.

328431492_715532800279881_5210364952090234773_n

Fayadh telah membuat tiga penampilan sebagai kesebelasan utama skuad KDA FC pada musim ini daripada keseluruhan empat perlawanan. Facebook/KedahDarulAmanFC

"Lee Tuck (pemain tengah KDA FC) nampak sedap kawal permainan malam ini bila tidak ada Manuel Ott (pemain tengah. Tapi Fayad sahaja tak tahu macam mana nak asuh. Tak tahu boleh lentur lagi ke tidak.

"Kalau dalam kepala asyik fikir nak sumbat gol sahaja, tak boleh buat apa dah. Patutnya boleh lorongkan bola, penyerang tahu la nak buat apa.

"Kerap dah dapat kesebelasan utama. Tapi tunjuk hasil yang sama jugak. Patut dia guna peluang ni buktikan dia mampu jadi macam 'Mickey' (pemain Selangor FC, Faisal Halim) dan Arif Aiman (pemain Johor Darul Takzim)," tulis Mael.

Bersetuju dengan pandangan tersebut ialah Mark Dean yang berkata, "Fayadh kelam kabut."

Untuk rekod, daripada empat perlawanan liga musim ini, Fayadh yang sebelum ini dicanang sebagai bakal menjadi pemain bintang Hijau Kuning itu diturunkan sebayak tiga kali sebagai kesebelasan utama pasukan.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 2.26.05 PM

Faisal (kiri) dan Arif kedua-duanya merupakan tonggak utama yang merencana serangan bagi pasukan masing-masing. — Facebook

Pada musim lalu, daripada 22 perlawanan, dia hanya diletakkan dalam kesebelasan utama sebanyak tujuh kali manakala 15 lagi penampilannya adalah sebagai pemain gantian daripada bangku simpanan.

Namun begitu, terdapat juga penyokong berpendapat aksi kurang memberansangkan Fayadh dalam perlawanan itu disebabkan tindakan pihak lawan yang memberikan lebih perhatian terhadap pemain tersebut.

"Patut pemain lain tumpu hantaran dekat Lee Tuck, bukan kat Fayad. Fayad ada dua pertahanan yang jaga dia..Lee Tuck tiada siapa yang jaga," ujar Shaharuddin Saad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram