Benam Kelantan United tanpa Nafuzi Zain, tapi fans Kedah tak puas hati anggap gameplay masih belum 'umph'


  • Podium
  • Isnin, 13 Mac 2023

Hidalgo meraikan gol dengan kasut but miliknya. — Facebook/KDA FC

SKUAD kendalian Nafuzi Zain kembali bangkit apabila tewas dalam dua perlawanan berturut-turut menentang PDRM FC dan Penang FC dalam Liga Super dan Piala FA.

Sang Kenari berjaya menewaskan Kelantan United dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Muhammad IV, Kelantan pada Isnin.

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang ketinggalan menerusi jaringan pemain Kelantan United, David Silva mengejutkan kem Sang Kenari seawal minit ke-21 melalui sepakan padu dalam kotak penalti.

KDA FC yang turun tanpa kelibat Nafuzi Zain dan kapten pasukan, Manuel Ott kerana hukuman layangan kad merah berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan Willian Lira pada minit ke-34.

333590372_597057448676729_7917490432012560704_n

Willian Lira berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan. — Facebook/KDA FC

Sebelum tamat separuh masa pertama, Manuel Hidalgo dijatuhkan pemain tuan rumah dan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Manuel Hidalgo berjaya menyempurnakan penalti sebelum pengadil meniup wisel berakhir babak pertama aksi kedua-dua pasukan.

Masuk babak kedua Kedah dilihat tidak berputus asa pada penghujung permainan apabila melancarkan serangan bertubi-tubi di kawasan Kelantan United.

Sehinggalah pada minit ke-79 pasukan Kedah berjaya memecah kebuntuan gol menerusi tampanan, Al-Hafiz Harun.

Pada minit ke-88, Kelantan United cuba bangkit apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti oleh Yan Victor.

Hidalgo

Hidalgo diasak pertahanan lawan. — Facebook/KDA FC

Walaupun berjaya memenangi perlawanan, nampaknya rata-rata penyokong Kedah masih tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Sang Kenari itu.

"Nampak penyerang Kedah tak berfungsi, sentiasa di belakang pembawa bola, sepatutnya ke depan pintu gol mencari peluang," kata Hussain Mohd Shukri.

"Lira itu kena rajin sikit pergi cari ruang dan minta dekat kawan-kawan, ini duduk tengok diam sahaja memang susahlah," jelas Mohd Ridhwan B. Bakar.

"Ketiadaan Manuel Ott kerana penggantungan amat dirasai, tambah pula pertahanan jadi gelabah bila kena serang," ujar Nazlina Ina.

KDA FC kini berada di tangga keempat liga dibezakan satu masa dengan pasukan Selangor FC dan Sabah FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram