PSSI ketatkan peraturan pemain naturalisasi, tapi nama JDT pula dipetik penyokong


  • Podium
  • Isnin, 13 Mac 2023

Liridon pemain asing pertama yang mendapat status naturalisasi dalam negara. — Facebook/FAM

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan akan memperketatkan peraturan baharu yang mana setiap kelab bertanding dalam Liga utama Indonesia (Liga 1) hanya boleh mendaftar dua pemain naturalisasi pada satu musim.

Peraturan itu dijangka bermula musim depan yang mana kelab- kelab Liga 1 untuk musim 2023-2024 hanya boleh mendaftarkan maksimum dua pemain naturalisasi setiap musim.

Namun peraturan yang akan dikuatkuasakan oleh PSSI itu masih belum jelas tentang status pemain naturalisasi itu.

Di negara kita naturalisasi bermaksud pemain-pemain yang menukar kerakyatan mereka dengan Malaysia selepas cukup syarat ditetapkan FIFA iaitu bermain ima tahun untuk mewakili skuad kebangsaan.

Endrick pemain terbaharu mendapat status naturalisasi. — Facebook/JDT

Manakala warisan pula ialah pemain yang mempunyai hubungan dengan negara ini tidak kira melalui ibu bapa ataupun datuk nenek seperti kacukan yang sedia ada di dalam Liga Super.

Walaupun peraturan itu hanya dikuatkuasakan di negara jiran, namun penyokong-penyokong mula memetik nama Johor Darul Takzim (JDT) yang mana kita ketahui dibarisi ramai pemain warisan dan naturalisasi.

JDT kini memiliki Corbin Ong, Matthew Davies, Natxo Insa dan Hong Wan sebagai pemain warisan.

Manakala Mohamadou Sumareh dan Endrick dos Santos, Liridon Krasniqi dan De Paula sebagai pemain naturalisasi.

Namun Liridon dan De Paula dipinjamkan ke pasukan lain musim ini.

Menurut penyokong tempatan, pasukan JDT dijangka paling terkesan jika peraturan dibuat PPSI itu dilaksanakan dalam Liga Malaysia.

"Meracau pemilik kelab JDT nanti, tapi jangan risau FAM bukan berani nak buat pun," kata MarzQi Ashary.

"Memang patut di Malaysia buat macam ini, buat program akar umbi konon, last sekali ambil pemain yang tak ada kaitan langsung dengan program itu," ujar Ajak NewZealand.

"Kalau macam itu ramailah yang kena buang, nak pinjam dekat kelab lain gaji mahal-mahal semua," jelas Ghostrider Man.

"Sakit JDT kalau dua orang sahaja pemain naturalisasi," luah Suhame Mey. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram