Main bola level 'cukup bulan dapat gaji', fans Penang panas hati tengok prestasi pasukan


  • Podium
  • Ahad, 12 Mac 2023

Selangor meraih kemenangan ketiga Liga Super. — Facebook/Selangor FC

KECEMERLANGAN pasukan Penang FC dalam Piala FA gagal diteruskan apabila dihentikan oleh anak buah Tan Cheng Hoe di Stadium Bandaraya, di Pulau Pinang pada Ahad.

Permainan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan membalas membuat serangan ke kawasan lawan masing-masing.

Penang FC hampir menjaringkan gol pada minit ke-22 menerusi tandukan Zaw Min Tun namun palang menjadi penghalang buat skuad Harimau Kumbang.

Selangor menerusi gerakan serangan balas berjaya memecah kebuntuan gol melalui hantaran Faisal Halim yang disudahi oleh Ayron del Valle pada minit ke-27.

Faisal Halim sekali lagi berjaya menghasilkan bantuan gol buat pasukan Selangor. Facebook/Selangor FC

Penang dilihat tidak berputus asa pada babak masa kedua apabila melancarkan serangan bertubi-tubi di kawasan Selangor.

Penang berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang disudahi tandukan Zaw Min Tun namun sekali lagi, kedudukan ofsaid menafikan jaringan itu.

Pada minit ke-86, akhirnya Penang berjaya mendapatkan gol menerusi tandukan Rafael Vitor.

Namun Selangor tidak mendiamkan diri apabila kembali menemui jaringan pada masa kecederaan melalui hantaran lintang Aliff Haiqal dan disudahi Noor Al-Rawabdeh.

Kedudukan 2-1 tamat kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor meraih kemenangan ketiga Liga Super.

335510650_274163244940350_6537210126370518913_n

Ayron del Valle berjaya menjaringkan gol. Facebook/Selangor FC

Memasuki perlawanan ke empat liga, Penang masih gagal mencatat sebarang kemenangan.

Kekalahan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah terhadap pemain-pemain Penang yang didakwa tidak bermain dengan penuh semangat.

"Bila pemain bukan orang Penang, main macam apa sahaja, janji dapat gaji," kata Adly Shah.

"Banyak perkara yang nak kena betulkan, pemain tempatan Penang ini main untuk dapat gaji sahaja, tak ada inspirasi untuk menang," jelas Ahmad Sharif.

"Setiap permainan ada bolos, pertahanan Penang tak berapa nak power," luah Zaini Mega.

Selepas ini Selangor akan bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di halaman sendiri pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram