Penyokong JDT mula bosan lihat sikap tamak bintang Harimau Selatan


  • Podium
  • Ahad, 12 Mac 2023

Esteban Solari. — Facebook/JDT

"BERMAIN satu pasukan, bukan untuk cipta nama individu, buang sifat tamak".

Itulah luahan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) apabila bintang import mereka, Fernando Forestieri mendakwa pemain itu bermain secara solo dan tidak mahu memberi bola kepada rakan sepasukannya.

Luahan itu mungkin disebabkan sikap Forestieri yang tidak mahu memberi bola kepada Arif Aiman untuk menjaringkan gol pada perlawanan bertemu Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.

Ketika itu pada minit ke-62, Forestieri membawa bola masuk ke dalam kotak penalti lawan dan terus melakukan rembatan.

Namun gerakan yang dilakukan Forestieri itu tidak menghadirkan sebarang gol malah rakan sepasukan , Arif Aiman dilihat kecewa kerana telah membuka ruang untuk menerima bola.

Perlawanan itu JDT berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan keputusan 5-1 hasil jaringan Diogo Luís Santo, Endrick dos Santos, Forestieri, Juan Muniz dan Arif Aiman.

For

Fernando Forestieri. Facebook/JDT

Luahan yang disuarakan oleh salah seorang penyokong JDT itu turut mendapat maklum balas yang sama dari peminat-peminat lain.

"Harap-harap coach bagi teguran dekat dia, dah lama orang perasan, Bergson yang tak tamak pun tetap jadi penjaring terbanyak," kata Arigatomasood.

"Dua peluang Arif Aiman seharusnya dapat gol, yang mana Forestieri try hard nak gol sendiri, sedangkan Arif Aiman dah kosong tinggal nak rembat sahaja kalau dia pass," jelas Agori Kery.

"Betul, ada nampak sikap tamak pada Forestieri, sepatutnya bola itu boleh bagi kawan-kawan tapi dia banyak ambil pilihan sendiri, akhir sekali semuanya ke laut," ujar Fyanzrossa Frdd.

"Dia tengok Bergson tak main, dia ingat boleh jadi penjaring terbanyak? Benda boleh pass tak nak, Arif dengan Akhyar bagus, tak tamak," luah Mus Ayyad.

Untuk pengetahuan, Forestieri menyertai JDT dengan menandatangani kontrak bersama juara Liga Super itu dengan harga perpindahan RM4. 6 juta.

Sekali gus menjadikannya pemain termahal liga pada musim lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram