'Frust player jadi tikus makmal’, fans Penang FC harap keajaiban jinakkan Kedah


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Penyokong tidak berpuas hati dengan kualiti jurulatih Yee Fatt yang disifatkan kurang fokus kepada senarai nama 11 pemain utama.

SAINGAN Piala FA musim 2023 dimulakan dengan aksi Penang FC menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Tidak dinafikan pertembungan antara dua pasukan itu menjadi antara yang paling dinantikan oleh kedua-dua pasukan itu.

Namun, penyokong Penang FC tidak meletakkan harapan tinggi berdepan dengan skuad Sang Kenari yang sudah lima kali menjulang trofi Piala FA.

Antara perkara berbangkit dan disuarakan ialah strategi Chong Yee Fatt selaku pengendali skuad Harimau kumbang.

Rata-rata penyokong menyifatkan starategi dan ‘teori’ yang digunakan jurulatih itu serba tidak menjadi sekali gus gagal memperoleh kemenangan kepada pasukan.

334617652_143497155293923_7791050170397896299_n

Penyokong tidak berpuas hati dengan corak pengendalian jurulatih, Yee Fatt.

Coach tak perlu nak bereksperimen. Letak pemain yang betul-betul top dan boleh bermain untuk first eleven.

“Selagi coach itu ada, aku rasa berat nak makan team lawan.

“Tengok player, gerun.. rasa selamat dah. Rasa tenteram. Sekali tengok coach, rasa nak maki.

“Mau kena belasah dengan Kedah ini,” antara pandangan yang disuarakan oleh penyokong di Penang Football Club’s.

Meski begitu, penyokong tetap menaruh harapkan agar pemilik jersi no.4, Ahn Sae-hee tersenarai dalam kesebelasan utama berdepan Sang Kenari.

Kelibat pemain asal Korea Selatan di atas padang tentu sahaja bagai memberi sinar harapan buat penyokong Penang FC.

52FD804C-CAA9-469D-AB66-D3DABEB0A87D-870x522

Sae-hee (dua dari kanan) antara pemain harapan Penang FC.

“No.4 senjata rahsia Penang. Harap boleh turun game ini.

“Yang no.4 itu idaman. Harap sangat akan ada nanti.

“Jangan lupa letak player no.4, pemain harapan itu untuk menang,” jelas pengguna media sosial.

Untuk rekod, KDA sebelum ini mencatat lima kali gelaran juara Piala FA pada 1996, 2007, 2008, 2017 dan 2019.

Sementara itu, Penang FC pula hanya sekali mendakap trofi Piala FA pada 2002 dan dua kali naib juara iaitu ketika 1997 dan 2000.

Selain aksi Penang-Kedah, satu lagi aksi pusingan pertama Piala FA pada Rabu membabitkan pertemuan antara Perak FC dan Sri Pahang di Stadium Perak, Ipoh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram