Bermain ala Eropah antara 3 fakta menarik aksi dinanti-nanti JDT-Kelantan


  • Podium
  • Khamis, 09 Mac 2023

Persekitaran dan fasiliti yang disediakan di Stadium Sultan Ibrahim membuat penyokong berasa seperti menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris bagi pertembungan antara JDT dan TRW.

NAMA Johor Darul Takzim (JDT) harum mekar selepas berjaya mencatat kejayaan 7-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) menerusi perlawanan ketiga Liga Super musim ini.

Kemenangan tersebut secara tidak langsung dianggap sebagai isyarat 'ancaman' kepada pasukan lain agar berhati-hati dengan skuad Harimau Selatan itu.

majoriti2023 (32)

Pasukan JDT akan bertembung dengan TRW pada Sabtu depan.

Dalam perlawanan yang akan datang, JDT akan berhadapan dengan Kelantan FC pada Sabtu depan di Iskandar Puteri, Johor.

Selain menjadi acara dinantikan penyokong, berikut tiga fakta menarik mengenai perlawanan JDT menentang skuad The Red Warriors (TRW).

Aksi ala Liga Eropah

1575342

Setelah mengharungi tiga perlawanan, JDT seterusnya akan bertemu dengan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim pada pukul 5.30 petang.

Perlawanan pada sebelah petang itu lazimnya boleh dilihat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus memberi peluang kepada penyokong merasai pengalaman seperti menonton aksi pasukan luar negara.

Ia ditambah dengan persekitaran Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa, yang akan membangkitkan lagi mood penyokong apabila berada dalam stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara itu.

Prasarana dan perkhidmatan yang disediakan SSI bertaraf dunia malah turut dilengkapi khidmat marshal yang melancarkan aliran keluar masuk penyokong ke bangku masing-masing. Beberapa kemudahan lain seperti medan selera dan perkhidmatan shuttle turut ada ditawarkan.

Definisi padang sebenar

137224655_1918366588326631_7749812967130973380_n

Bukan sahaja status stadium setaraf antarabangsa, padang rumput yang digunakan di SSI adalah daripada jenis Zeon Zoysia yang menjadi kegemaran pemain bola sepak profesional.

Ini kerana keadaan padang yang berkelas dunia membolehkan pemain mempamerkan taktikal dan corak permainan yang telah diterap ke dalam pasukan.

Ia nyata memberikan perbezaan berbanding mutu permainan di atas padang rumput cowgrass yang bukan sahaja mengehadkan pergerakan pemain malah merencatkan hantaran bola.

Aksi Carli de Murga lawan bekas majikan

majoriti2023 (31)

Pemain Carlos Alberto Olaivar Martinez de Murga atau lebih dikenali sebagai Carli de Murga tentu akan menjadi perhatian khayalak dalam perlawanan itu.

Ini kerana De Murga terdahulu memegang posisi pertahanan dengan JDT sebelum menyertai TRW pada musim ini. Di skuad Kijang Merah, pemain itu juga diberikan kepercayaan sama iaitu bermain di posisi pertahanan.

Kemasukan De Murga ke skuad kendalian Choi Moon sik boleh dikatakan bagai sirih pulang ke gagang kerana sebelum ini dia pernah bermain dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC.

Terdahulu De Murga merupakan bekas kapten Terengganu FC dan berjaya membuatkan pihak lawan gerun di bahagian tengah bersama gandingannya, Shahrul Nizam.

Malah, De Murga turut mempunyai kelebihan untuk merancang serangan dari bahagian bawah dan itu dilihat banyak membantu pasukannya sebelum ini.

Oleh itu, aksinya untuk menyekat kemaraan peledak berbahaya JDT seperti Bergson da Silva, Diogo, Fernando Forestieri dan Arif Aiman amat dinanti-nantikan penyokong TRW. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram