Kena 5 butir, aksi TRW-JDT macam main petang di SSI


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Skuad JDT mencipta kemenangan di halaman sendiri selepas menewaskan Kelantan FC dalam saingan Liga Super di SSI pada Sabtu. — Facebook

SELEPAS Negeri Sembilan FC, Kelantan FC menjadi mangsa belasahan terbaharu skuad Johor Darul Takzim (JDT) selepas tewas 1-5 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.

JDT mencipta gol pertama selepas penalti diberikan kepada skuad Harimau Selatan seawal minit ke-2 berikutan kekasaran terhadap Arif Aiman Hanapi yang diasak empat pemain benteng pertahanan Kelantan.

Cuma, penalti itu gagal disempurnakan oleh Fernando Forestieri apabila dapat dibaca dengan baik oleh penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin Ahmad, namun bola muntah yang tidak ditampan kemas, kemudiannya dirembat ke dalam gawang oleh Diogo Luis Santo.

Gol kedua JDT pula hasil jaringan Endrick dos Santos pada minit ke-26 sementara Forestieri menebus kekecewaan menyempurnakan penalti dengan merembat masuk gol ketiga buat Harimau Selatan pada minit ke-35.

335064939_586854363122810_7137391229003804368_n

Aksi kapten Kelantan FC, Mario Arques mengawal pergerakan Diogo. — Facebook

Memasuki babak kedua perlawanan, Juan Muniz membuka tirai jaringan keempat JDT pada minit ke-56 menerusi satu rembatan top corner menewaskan Nik Amin.

Skuad Harimau Selatan kemudian membuat pertukaran dengan memasukkan pemain muda, Adam Farhan Mohd Faizal dan tonggak tengah berpengalaman, Muhammad Nazmi Faiz Mansor serta Akhyar Rashid. Solari juga membawa masuk Afiq Fazail untuk menggantikan Juan Muniz.

Pertukaran itu menjadi bualan penyokong The Red Warriors (TRW) apabila JDT dikatakan lambat untuk bermain secara gentleman kerana hanya pada separuh masa kedua baru menurunkan muka-muka pemain tempatan.

Ia selepas pasukan kendalian Estaban Solari itu dicabar segelintir penyokong TRW yang mengatakan JDT 'penakut' dan tidak berani menurunkan pemain lokal di SSI.

Sementara itu, Kelantan FC mendapat jaringan sulung pada minit ke-69 menerusi penalti yang disempurnakan pemain gantian, Leonardo Rolon, sekali gus menewaskan Syihan Hazmi walaupun penjaga gol kebangsaan itu 'terbang' ke tempat yang betul.

Bagaimanapun JDT terus menjarakkan kedudukan apabila Arif Aiman pula yang menyempurnakan penalti pada minit ke-82 selepas Akhyar dikasari di gawang Harimau Selatan.

335967238_1239037120366630_4225095272524926835_n

Arif Aiman diasak pemain Kelantan FC. — Facebook

Melihat kepada aksi 90 minit kedua-dua pasukan, para penyokong berpendapat Kelantan FC jauh ketinggalan dari segi kualiti pasukan jika mahu dibandingkan dengan skuad JDT.

Pemerhati sukan, ROTP di laman Facebook berkata, JDT hanya memerlukan tiga minit untuk menjaring gol pertama manakala dari segi statistik, Harimau Selatan melakukan 15 percubaan berbanding TRW yang hanya membuat satu percubaan di babak pertama.

Berikutan persembahan yang terlalu santai itu, ada penyokong yang mengusik perlawanan tersebut ibarat menyaksikan sesi latihan JDT.

"Ni latihan petang bersama peminat ke?," usik Danial Izzat Harith.

"Boleh nampak bek Kelantan ball watching, memang mati langsung, TRW tak boleh buat apa.. JDT main santai sangat, dah macam friendly saja aku tengok dua-dua," kata Haiqal Zafran. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram