NSFC kini sepopular MU, ada fans kelab lain pun menyelit nak 'claim' jadi alumni


  • Podium
  • Selasa, 07 Mac 2023

NSFC dan Manchester United masing-masing menghadapi kekalahan besar dengan jumlah jaringan sama dalam perlawanan liga masing-masing pada minggu ini. — Facebook/Agensi

PERLAWANAN minggu ketiga Liga Super 2023 menyaksikan penyandang juara, Johor Darul Takzim (JDT) membelasah skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) 7-0 dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Asakan bertali arus skuad Harimau Selatan sejak minit pertama permainan ternyata tidak dapat ditahan oleh pasukan Hobin Jang Hobin di sebalik prestasi cemerlang penjaga golnya, Sikh Izhan menafikan beberapa percubaan pihak lawan.

JDT berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerangnya, Fernando Forestieri dan dan Diogo Santo dan lima lagi di separuh masa kedua masing-masing disumbang oleh Forestieri, Arif Aiman, Corbin-Ong dan Endrick dos Santos.

Melihat kepada keputusan dicatatkan itu, peminat bola sepak tempatan dilihat tidak menunggu lama untuk menyamakannya dengan aksi di Liga Perdana Inggeris yang berlangsung sehari sebelumnya, menyaksikan Liverpool menewaskan pesaing tradisinya, Manchester United menerusi jumlah jaringan sama.

Malah, ada juga peminat secara berseloroh menyeru penyokong kelab NSFC dan Manchester United untuk berkongsikan perasaan masing-masing susulan kekalahan besar yang ditanggung itu.

"Kita nak seru tak fans Negeri Sembilan dan Manchester United? Saya teringin nak tag ni, nak tahu diorang ok ke tak?" tulis wafiyyyy.

306277102_545308017469078_2146539903204723102_n

Melaka United kini meneruskan saingan di Liga Divisyen Tiga (Liga M3). — Facebook/MelakaUnitedFootballClub

Bagaimanapun, komen tersebut mendapat reaksi daripada penyokong salah sebuah kelab tempatan iaitu Melaka United yang menyatakan bahawa pasukan tersebut juga pernah mengalami nasib sama.

"Kami pun alumni juga," kata Musalman Toya turut berkongsikan keputusan perlawanan Liga Super pada tahun 2017 yang menyaksikan Melaka United dibelasah 0-7 oleh JDT.

Untuk rekod, Melaka United terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super 2023 selepas kelab tersebut kerana gagal untuk memenuhi kriteria ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2022.

Dalam kes tersebut, kelab itu didapati tidak mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram