Sekadar seri berdepan Warga Kota, fans 'frust' import TFC main macam budak sekolah


  • Podium
  • Ahad, 05 Mac 2023

Ivan Mamut (kanan) melepaskan peluang untuk memecah kebuntuan untuk menggegarkan pintu gawang skuad Warga Kota pada minit ke-85. — MFL

PERLAWANAN Terengganu FC (TFC) menentang Kuala Lumpur City FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada malam Ahad berakhir dengan keputusan seri di antara dua pasukan tersebut.

Walaupun anak-anak buah Tomislav Steinbruckner dilihat agak agresif pada separuh masa pertama, namun peluang yang terhidang di depan pintu gol gagal disudahkan dengan baik.

Penyerang import TFC, Adisak Kraisorn dan Sony Norde tidak dapat membolosi benteng pertahanan skuad Warga Kota yang dikawal kemas oleh pemain pertahanan, Kenny Pallraj.

Lebih menghampakan lagi, peluang seorang lagi penyerang import, Ivan Mamut untuk menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-32 digagalkan oleh penjaga gawang skuad City Boys, Kevin Mendoza.

Memasuki babak kedua, Ivan Mamut sekali lagi melepaskan peluang untuk memecah kebuntuan mengegarkan pintu gawang skuad Warga Kota pada minit ke-85.

Hal itu menyebabkan rata-rata penyokong fanatik skuad Sang Penyu berasa hampa dengan prestasi yang dipamerkan oleh barisan pemain import pasukan kesayangan mereka itu.

329945796_147546904856546_392229549646641616_n

Ivan Mamut (kanan) masih tidak dapat mencetak sebarang gol dalam tiga perlawanan setakat ini. — Facebook/TFC

Nazli Suhardi berasakan kesemua pemain pasukan TFC sudah memberikan yang terbaik namun pemain import gagal menunjukkan prestasi sebenar.

"Semua dah buat, control ball sudah, attack bertali arus sudah tetapi gol tak kunjung datang. Apa masalahnya sekarang?

"Adisak masih belum menjumpai sentuhan gol, beberapa kali bola datang di kaki tapi sentiasa ada penghalang. Liridon banyak membantu mengerakkan midfield malam ini bagi mengganti peranan Habib.

"Pusic yang sepatutnya berperanan lebih besar sebagai pemain import masih gagal berperanan baik. Sepatutnya dia perlu bergerak lebih jauh ke depan seperti dimainkan oleh Ott sebelum ini namun tak berlaku.

"Syafiq memang marvelous. Kelincahan sebelah kiri dan kanan memang dapat kucar-kacirkan KL City. Kalau jurulatih Tomi (Tomislav) meletakkan dia di bangku simpanan lagi maka 'halal' untuknya dimaki sepanjang musim," tulisnya.

Ibrahim Din pula berpendapat pemain import skuad Sang Penyu setaraf dengan pemain tempatan.

"Pemilihan pemain import tak sesuai. Setaraf dengan pemain tempatan. Sepatutnya pihak pengurusan menilai dan meneliti sebelum menandatangani pemain tersebut. Harap pihak pengurusan membuka mata bukan setakat muat sahaja.

Sementara itu Afiq Tranung meluahkan rasa kecewanya dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Ivan Mamut.

"Mamut itu macam main budak sekolah. Rugi sahaja beli, semua pemain import macam tidak berfungsi. Semua peluang dilepaskan begitu sahaja. Kecewa peluang sepakan percuma. Tak payah main lagi bagus," tulisnya.

Menurut Razlan Osman pula, pihak pengurusan TFC sudah membuat pilihan pemain import yang salah.

"Baik tak payah ada pemain import Ganu ini. Pemain tempatan lagi bagus," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram