Hero to zero, pelan B antara 'talking point' Kedah tewas mengejut


  • Podium
  • Sabtu, 04 Mac 2023

Sebahagian aksi KDA FC ketika menentang PDRM FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu. — Facebook KDA FC

PASUKAN kerdil liga, PDRM mengejutkan kancah bola sepak tempatan apabila berjaya memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) yang terpaksa berputih mata di laman sendiri selepas tewas di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

PDRM memecahkan kebuntuan apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-75 menerusi rembatan penyerang importnya, Bruno Suzuki yang menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

Sebelum itu, pada separuh akhir pertama, KDA FC sukar menembusi kekebalan PDRM FC menerusi James Okwuosa yang banyak mematahkan serangan Sang Kenari walaupun skuad Hijau Kuning menguasai bola.

Gandingan dua penyerang import Brazil KDA FC, Jonathan Balotelli dan Willian Lira yang beraksi pada babak pertama, juga gagal mencetak sebarang jaringan walaupun banyak melancarkan serangan.

Penjaga gol skuad Sang Saka Biru, Mohamad Ramdhan Ab Hamid turut mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mengawasi gawang dengan baik daripada dibolosi dengan mudah.

Keadaan agak tegang ketika perlawanan memasuki minit ke-57 yang menyaksikan kapten KDA FC, Manuel Ott diarah keluar padang selepas mengasari pemain lawan.

334474796_765566038580943_5987768908974113107_n

Manuel Ott diarah keluar padang selepas mengasari pemain lawan. — Facebook

Pengendali KDA FC, Nafuzi Zain kemudian membuat pertukaran beramai-ramai apabila memasukkan Fadzrul Danel, Manuel Hidalgo, Mohamad Heshamudin dan Mohammad Fayadh masing-masing menggantikan Amirbek Juraboev, Balotelli, Wan Amirul Afiq dan Al Hafiz Harun.

Selepas kehilangan ketua pasukan, Sang Kenari dipaksa bermain tanpa Nafuzi, apabila pengendali muda itu pula diperintahkan keluar dari bangku simpanan selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohd Azizan Saat Ariffin kerana dipercayai melakukan provokasi kepada seorang pengadil penjaga garisan.

Bermain dengan kelebihan seorang pemain, PDRM kemudian memanfaatkan peluang itu dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-75 sekali gus meletakkan The Cops di hadapan dengan keputusan 1-0.

Salah seorang penyokong Kedah, Natami Flawless berpendapat, pengadil menafikan banyak foul yang menyebabkan pemain kurang berpuas hati dan agak beremosi.

"Dari jurulatih sehingga pemain tiada attitude, Manuel Ott cost the game. Dari game Perak hari tu boleh nampak Kedah tiada pelan B.

"Sepatutnya Terengganu boleh menang hari tu, Kedah tak nampak gameplan sebenar, kalau lawan JDT ni kena tibai 5-0 pun orang boleh agak dah," katanya.

334587450_1590293238157456_204602923131547142_n

Mohd Azizan melayangkan kad merah kepada Manuel Ott dan Nafuzi. — Facebook KDA FC

Sementara itu, Faris Alam Shah berpendapat, Fadzrul Danel punca kepada kekalahan KDA FC.

"Hilang bola banyak kali, gol PDRM pun dia punca. Hari itu hero hari ini zero...punca," ujarnya.

Mohamad Zaki Ibrahim juga berasakan pemain seperti Manuel Ott, Fayadh dan Fadzrul agak beremosi.

"Harap pengurusan lucut armband dia bagi kepada Bojan Ciger. Game malam ni kalau Ciger tiada, pecah jaring gol kat PDRM," katanya.

Dalam pada itu, Arjuna Pesaka berkata, kekalahan KDA FC berpunca daripada kesilapan sendiri yang gagal untuk fokus.

"Banyak situasi yang boleh menyebabkan kita hilang lagi seorang pemain disebabkan tindakan yang tak sepatutnya sedangkan kita bermain di hadapan penyokong sendiri," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram