'Daud Bakar hanya pencetus kegilaan kecil, penyokong KDA FC pencetus gelombang kegilaan besar'


  • Podium
  • Rabu, 01 Mac 2023

Daud Bakar menyertai corteo bersama Ultras Kedah dan Kepak Kenari di Stadium Perak pada Sabtu lepas. — Facebook

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi kedua Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Aksi 'panas' itu tentunya menggamit ramai penyokong ke stadium bagi menyaksikan perlawanan antara skuad KDA FC kendalian Nafuzi Zain dengan bekas pasukan bimbingannya pada musim lalu, Terengganu FC.

Sejak Selasa, penyokong Sang Kenari sudah menyerbu kaunter untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Difahamkan sebanyak 18,000 tiket fizikal terjual setakat ini manakala tiket dalam talian pula habis dijual.

Seorang peminat fanatik Kedah, Budak Bendang berpendapat keterujaan penyokong itu ibarat mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA.

333240689_148410341398221_7173110966764253758_n

Penyokong teruja untuk ke stadium pada musim ini kerana mahu menyaksikan persembahan pasukan KDA FC. — Facebook

"Suasana ini hanya akan berlaku sama ada di suku, separuh atau final Piala Malaysia dan Piala FA sahaja. Namun tidak dapat dinafikan juga ketika bertemu Johor Darul Takzim musim lepas, suasana juga seperti ini," katanya.

Menurut Budak Bendang, seawal pukul 7.30 pagi, sudah ada penyokong yang beratur kerana tidak mahu terlepas mndapatkan tiket perlawanan.

"Peminat Kedah sedang dilanda wabak ketagihan turun stadium.

"Kegilaan yang gila ketika ini sedang melanda fans Kedah," katanya.

Budak Bendang memetik kata-kata pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, "Saya hanya pencetus kegilaan kecil. Penyokong KDA FC pencetus gelombang kegilaan besar."

333246072_220844886978542_7418822952738888950_n

Aura Daud Bakar menjadi antara faktor penyokong mahu ke stadium. — Facebook

Menurutnya, usaha Daud Bakar mendekatkan diri dengan kumpulan penyokong selain faktor jurulatih Nafuzi juga menjadi faktor menggalakkan ramai penyokong ke stadium.

"Tan Sri telah buat yang terbaik dan ini mungkin sebagai faktor kepada peminat untuk menjadi gila untuk penuhkan stadium.

"Selain faktor import dan Nafuzi Zain ada faktor penyumbang kepada kegilaan ini.

"Sudah lama zaman kegemilangan Marlon Alex James menyepi (ketika bantu Sang Kenari melakar kejuaraan double treble bagi musim 2007-2008), tapi kini ia kembali.

"Zaman siapakah yang akan digelarkan oleh peminat Kedah kali ini. Sama-sama kita nantikan.

"Hati-hati peminat dari jauh, jumpa anda di stadium malam ini. Semoga keputusan positif memihak Kedah insya-ALLAH. Macam biasa kita peminat bertamadun, menang kalah kita tak ceroi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram