Elak sejarah berulang, fans Sabah FC kenal pasti kelemahan lepas menang 2 'game'


  • Podium
  • Khamis, 02 Mac 2023

Antara isu digariskan adalah keupayaan pemain untuk mengekalkan fokus dan tempo permainan sepanjang 90 minit perlawan. —Facebook/Sabah Football Club

SKUAD Sabah FC meneruskan rentak positif mereka dalam perlawanan Liga Super 2023 apabila memungut mata penuh dalam dua perlawanan pertama.

Selepas menewaskan PDRM FC 4-0 dalam perlawanan pembukaan, aksi kedua liga menyaksikan Skuad Sang Badak berjaya mengalahkan Kelantan United dengan jaringan 3 berbalas 1.

Keputusan tersebut meletakkan Sabah FC di puncak liga dengan tujuh mata diikuti Johor Datul Takzm di tempat kedua dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Kejayaan mengumpulkan tujuh gol dalam tempoh hanya dua perlawanan membuktikan skuad The Rhinos sememangnya tidak memiliki masalah untuk mencipta jaringan.

Tentunya prestasi tersebut menggembirakan peminat yang hadir memberikan sokongan dan menantikan saat-saat untuk meraikan setiap jaringan dihasilkan.

Namun begitu, di sebalik keputusan positf dicapai, terdapat peminat yang tidak mudah bepuas hati dengan tahap permainan ditunjukkan barisan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu.

334300766_162198683332077_4920228917147757862_n

Hanya dalam dua perlawana pertama, skuad The Rhinos sudah berjaya mengumpulkan tujuh jaringan. —Facebook/Sabah FC

Antara isu digariskan adalah keupayaan pemain untuk mengekalkan fokus dan tempo permainan sepanjang 90 minit perlawan.

Mondou Guak berkata, pada perlawanan kedua itu, pasukan The Rhinos dilihat banyak melakukan kesilapan mudah dan melepaskan penguasaan bola kepada pihak lawan ketika memasuki 20 minit terakhir perlawanan.

"Pemain leka bila suda mendahului. Kekalkan momentum sehingga saat-saat akhir jika mahu terus konsisten di tangga atas liga. apapun secara keseluruhan persembahan sangat-sangat memuaskan," katanya.

Dalam pada itu, Bels Ayba pula berkata, pemain tidak seharusnya terlalu yakin dengan keputusan semasa yang dicapai kerana pasukan itu masih dlihat masih gagal momentum permainan mereka dalam masa penuh.

334504702_888469489056073_1088668043482516873_n

Skuad The Rhinos dilihat mula hilang rentak di fasa akhir permainan dan membuka peluang kepada pihak lawan untuk menguasa perlawanan. —Facebook/Sabah Football Club

"Sekali Saddil Ramdani keluar, Kumaahran Sathasivam masuk, terus turun tempo. Kalau lama lagi masa tadi, silap-silap Kelantan United dapat kejar balik.

"Jangan terlampau yakin. Pertahanan pun tidak tukar. Jangan sejarah berulang macam musim lepas. Akhir-akhir (musim) banyak pertahanan cedera," ujarnya.

Krool Annaz pula menulis,"Separuh masa pertama paling syok tengok corak permainan Sabah FC. Cantik dan teratur. Separuh masa kedua hujung-hujung dah mula berterabur dan longgar. Masih risau kalau jumpa JDT,"

"Separuh masa pertama saja menguasai. Sekali masuk separuh masa kedua dah mula hancur dibuatnya. Rembatan depan gol pun banyak yang ke tepi dan ke bulan (lepas palang gol). Nasib awal-awal dah mendahului tiga gol. Kalau tidak, memang kena kejar (dan catat keputusan) seri," kata Handry Maxwell. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram