Ada yang 'berbunyi' harga tiket KL City-JDT tak padan standard stadium


  • Podium
  • Selasa, 28 Feb 2023

Stadium Bola Sepak Cheras menjadi gelanggang keramat buat pasukan KL City FC. — Google/ Azmi Sharif

SKUAD KL City FC akan menerima kunjungan kelab Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super 2023 bagi perlawanan kedua pada Rabu ini.

Pasukan The City Boys akan bertemu pasukan lawan di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur yang menjadi gelanggang keramat mereka.

Pertemuan dengan penyandang juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu tentunya bakal menggamit kunjungan ribuan penonton untuk melihat aksi pemain KL City menentang gergasi liga itu.

Fp9nCf8aEAEd5Fn

Perkongsian harga tiket away bagi perlawanan KL City menentang JDT pada 1 Mac ini. — Twitter

Sebelum aksi tumpuan Liga Super itu bermula timbul khabar kurang enak berhubung harga tiket yang dikatakan agak mahal berbanding perlawanan membabitkan kelab lain.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Twitter yang mendakwa harga tiket away dewasa (19 tahun ke atas) bernilai RM33.99 manakala tiket away junior (7 hingga 18 tahun) berharga RM18.60.

Bagi harga tiket away dewasa grandstand pula ialah RM44.29 manakala tiket junior away grandstand (RM23.69).

333103420_917279219700549_6221734068515968143_n

Harga tiket untuk pembelian di kaunter. — Facebook

Semakan Majoriti di laman Facebook Kuala Lumpur City pula mendapati tiket boleh didapati menerusi pembelian di kaunter dan secara dalam talian.

Untuk pembelian tiket fizikal, harga tiket (tempat duduk terbuka) ialah RM20 bagi dewasa (19 tahun ke atas) dan RM10 (junior) (2 hingga 18 tahun).

Harga tiket grandstand pula RM40 (dewasa) dan RM20 (junior). Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah boleh masuk secara percuma.

333289739_728117518969377_658531374214916427_n

Harga tiket untuk pembelian di secara online. — Facebook

Untuk pembelian tiket online pula terhad kepada tempat duduk terbuka (open seating) dengan harga RM20 (dewasa) dan RM10 (junior).

Ada penyokong yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana harga tiket bagi perlawanan tersebut dirasakan tidak setanding dengan fasiliti Stadium Bola Sepak Cheras yang dianggap agak daif.

"Padang macam kemarau setahun. Seating (tempat duduk) penuh tahi burung. Parkir punya payah," kongsi penyokong tersebut.

"JDT padang punya lawa, seat selesa, cuma parkir payah sikit tapi tiket RM13.90 sahaja," kata seorang lagi penyokong.

Keadaan Stadium Cheras itu mengundang persoalan tentang pihak bertanggungjawab ke atas penjagaan dan penyelenggaraan stadium terbabit.

"Siapa bertanggungjawab ke atas Stadium Cheras ni? Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur? KL City? Memalukan, stadium ibu kota tapi taraf stadium daerah pun lebih elok dari ini," tambahnya.

Majoriti kini sedang berusaha mendapatkan respons daripada pihak terlibat termasuk Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung harga tiket tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram