Faktor 'big signing', aura pemilik kembalikan keyakinan fans, cuma Sang Kenari jangan ulang 5 'penyakit' lama


  • Podium
  • Rabu, 22 Feb 2023

Sebahagian pemain KDA FC menjalani latihan sebelum Liga Super 2023 membuka tirai secara rasmi 24 Februari ini. — Facebook

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) menoktahkan segala persiapan menghadapi musim baharu dengan pengumuman rakan tajaan antarabangsa dan jersi pasukan.

Bagi pemerhati sukan, Hafiz Mansor menerusi penulisan di Facebook Analisis Tangga Ayam, dia berpendapat, keseluruhan persiapan pasukan boleh dianggap yang terbaik berbanding beberapa musim kebelakangan.

Menurutnya, paling mengujakan adalah usaha jitu pemilik serta pihak pengurusan kelab untuk menarik tajaan antarabangsa, Bin Zayed International yang berpangkalan di Dubai, UAE untuk menaja skuad Sang Kenari musim ini.

Tidak cukup dengan itu, para pemain juga diberi peluang untuk menjalankan perlawanan pramusim di Turkiye dengan beberapa pertemuan dengan pasukan bintang dari liga luar.

Berikut tiga faktor yang mendorong sentuhan dan persiapan pasukan KDA FC tampak lebih meyakinkan musim.

332154626_976784450397913_6831729391462367941_n

Daud Bakar dekat di hati penyokong KDA FC. — Facebook

1) Sentuhan peribadi pemilik KDA FC

Pemilik Tan Sri Dr Daud Bakar disifatkan memiliki ketokohan tersendiri dan sering 'mengikat' penyokong menerusi engagement dua hala secara berterusan antara pihak pengurusan dan kelab penyokong.

"Beliau menulis, bercerita dan berinteraksi tentang visi, misi dan perancangan dengan para penyokong. Segalanya diluahkan supaya peminat mengamati setiap tindak-tanduk persiapan pasukan.

"Sebab itu peminat rasa dekat dengan perancangan semasa pengurusan," tulis Hafiz.

332480405_1624388241391496_8556227872480694048_n

Nafuzi Zain dilihat mempunyai falsafah taktikal tersendiri. — Facebook

2) Aura Nafuzi Zain untuk kembalikan DNA pasukan

Para penyokong KDA FC berpendapat Nafuzi adalah individu yang tepat untuk membawa semula pasukan Hijau Kuning ke tahap terbaik dengan taktikal moden.

Bagi ketua jurulatih baharu KDA FC musim ini, dia dilihat mempunyai falsafah taktikal tersendiri.

Rekod yang ditunjukkan bersama Terengganu FC pada musim lepas membuktikan Nafuzi mampu menggalas harapan yang menggunung peminat bola sepak Kedah ketika ini.

330852821_544307340833699_7380817355711695687_n

KDA FC menjalani latihan pramusim di Turkiye baru-baru ini. — Facebook

3) Kombinasi pemain yang lengkap, seimbang

Pemilihan pemain musim ini lebih terbuka sebab asasnya pasukan dah bebas daripada belenggu kemelut kewangan.

Nafuzi sendiri akui beliau berjaya mendapatkan pemain yang dimahukannya untuk mengisi kekosongan selain berupaya untuk menenuhi kehendak falsafah taktikal.

Kedah mengekalkan beberapa muka lama yang berpengalaman dengan pasukan, tidak kurang juga prospek pemain muda yang ada potensi besar.

Faktor terbesar juga adalah big signing pasukan seperti Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC), Manuel Ott (Terengganu FC) serta pemain import yang boleh dikatakan ada kualiti tersendiri.

332110352_925343908472659_30606972309901195_n

Sebahagian pemain muda KDA FC. — Facebook

Sementara itu, di sebalik tiga faktor berkenaan, Hafiz berkata, skuad Sang Kenari perlu bersedia untuk berdepan realiti liga yang sebenar.

Perkara itu turut dipersetujui rata-rata penyokong kerana KDA FC pastinya akan mendapat saingan hebat daripada kelab-kelab kuat seperti Johor Darul Takzim (JDT), Terengganu FC dan (Sabah FC).

Seorang penyokong, Sulaiman Akhlaken berharap KDA FC tidak memberikan alasan sama seperti tahun-tahun sebelum ini jika gagal memperoleh keputusan yang baik.

"Awal musim jangan sembang dahsyat. Takut penyudahnya beri alasan sama.

"Masalah kecergasan, mencari keserasian, jadual perlawanan tidak adil dan pengadil berat sebelah serta JDT tiada anak jati dan ubi muda (dibarisi pemain import serta berpengalaman)," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram