'Tribute to Nafuzi', jersi away TFC kena troll penyokong sendiri


  • Podium
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Jersi away TFC bagi musim 2023. — Facebook

TERENGGANU FC (TFC) antara pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang terawal memperkenalkan jersi yang akan dipakai barisan pemainnya ketika aksi di tempat sendiri (home) dan tempat lawan (away) dalam saingan Liga Super musim ini.

Rupa sebenar jersi itu ditampilkan menerusi majlis pelancaran jersi skuad Sang Penyu ketika Karnival Black and White Day Terengganu FC pada Jumaat.

Jersi home TFC mengekalkan warna hitam dan putih yang diambil daripada bendera negeri Terengganu manakala jersi away berbeza daripada musim 2022.

Jika jersi away TFC pada musim lepas berwarna serba hitam, musim ini ia menampilkan warna hijau dengan sedikit sentuhan warna kuning.

piang

Memandangkan kombinasi kedua-dua warna itu seperti skuad Kedah Darul Aman (KDA FC), ia pantas menjadi bahan troll di media sosial.

Ini kerana warna jersi hijau kuning itu dikaitkan dengan kelab terkini bekas ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain yang berhijrah ke skuad Sang Kenari musim ini.

Bekas pengendali Sang Penyu itu hadir dengan reputasi baik selepas membantu pasukan tersebut muncul naib juara Liga Super 2022, naib juara Piala FA 2022, separuh akhir Piala Malaysia 2022 selain membantu pasukan itu beraksi di pentas Piala AFC musim 2023.

"Tribute khas untuk Nafuzi," tulis laman Twitter Piang Shankly pada Jumaat.

331062649_3268469823370806_7475459976071779935_n

Jersi home TFC bagi musim 2023. — Facebook

Tribute itu juga ditujukan kepada team Nafuzi yang turut berpindah ke KDA FC termasuk kitman kesayangannya iaitu Din Debu.

Turut mengikut jejak langkah jurulatih terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 itu ialah pemain import, Manuel Ott.

Ciapan troll itu juga menukar slogan TFC daripada We Bleed Black And White kepada We Bleed Green And Yellow.

Jersi away itu dipercayai akan dipakai buat pertama kali ketika aksi pembuka tirai Liga Super membabitkan pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Takzim pada perlawanan Piala Sumbangsih, 24 Februari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram