UMNO dijangka lebih 'meriah' dengan kehadiran Datuk Lokman Noor Adam, yang kembali menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Perkembangan itu diumumkan beliau di media sosial, yang mana mesyuarat MKT Umno pada Khamis bersetuju membatalkan pemecatannya sebelum ini.
Sebelum ini, Lokman yang dilihat lantang bersuara dan disiasat atas dakwaan melanggar disiplin parti dilaporkan dipecat daripada Umno pada 7 Februari 2020.
Katanya, sebagai ahli MKT yang menang bertanding, beliau mendapat kembali haknya di dalam parti dan layak bertanding pada pemilihan akan datang.
Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan; serta kepimpinan parti yang mendoakannya selama ini.
Namun, penglibatan semula Lokman di dalam parti terbesar kaum Melayu itu nampaknya kurang disenangi oleh kebanyakan rakyat di negara ini.
Mesyuarat MKT Umno pada Khamis bersetuju membatalkan pemecatan Lokman sebelum ini.
Berdasarkan tinjauan Majoriti, kehadiran beliau di dalam Umno sebaliknya dihujani dengan kata-kata sinis dan sindiran.
Ini termasuk ada yang mendakwa bahawa, penglibatannya di dalam Umno itu merupakan hasil usaha beliau mengampu kepimpinan tertinggi parti.
Isma Nisyarwan berkata: "Tak sia-sia usaha mengipas dan menjilat presiden selama ini."
Tulis Iman Asyraff: "Penjilat tegar sudah dapat habuan. Ahli Umno macam biasa, kami dengar dan kami taat. Manalah ahli-ahli Umno yang ada maruah? Bangunlah."
Tambah Razman Man: "Berjaya juga akhirnya setelah penat lelah kerja mengampu dan menjilat."
Ujar Marzukhi Bakar: "Tak sia-sia menjilat presiden. Tahniah."
Khairy
Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang mempertikaikan keputusan Umno menerima semula keahlian Lokman, sedangkan kehadiran Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam parti tersebut dianggap lebih baik.
Zainul Arif berkata: "Orang macam ini diambil, orang macam KJ (Khairy) dengan H20 (Hishammuddin) dipecat, digantung."
Khairul Najmy Abdul Rani menambah: "KJ out, Lokman in."
Perli Saleh Saham: "KJ masih ada peluang jika pandai menjilat juga."
Bulan lalu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno antara yang dipecat keahliannya dari Umno.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Ketua Umno bahagian Sembrong dan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan digantung keahliannya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram