Bukan sahaja tandas, rakyat mahu peralatan, persekitaran kedai bersih jadi syarat perbaharui lesen


  • Massa
  • Isnin, 06 Feb 2023

Keadaan tandas yang kotor menyebabkan orang ramai berasa geli untuk menggunakannya. — Gambar hiasan/Agensi

PESAN orang-orang tua, salah satu cara untuk melihat tahap kebersihan seseorang, datang berkunjung ke rumahnya dan perhatikan tandas yang berada di dalamnya.

Sekiranya tandas yang berada di dalam rumah tersebut bersih, maka pembersihlah individu tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Perkara ini bukan hanya diguna pakai di kediaman seseorang, malah, tandas pejabat dan premis dan bangunan milik seseorang turut diambil kira.

Baru-baru ini, Nga Kor Ming berkata, premis makanan dan minuman (F&B) di kawasan bandar raya berisiko untuk tidak dibenar untuk memperbaharui lesen perniagaan, sekiranya tandas masing-masing didapati kotor.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu dilapor berkata, ketetapan diputuskan melalui mesyuarat Kabinet akan membabitkan semua jenis premis F&B termasuk restoran, hotel serta warung.

Beliau berkata, syarat ditetapkan ialah perlu mendapatkan persijilan bertaraf A bagi kebersihan tandas, dan ia akan dimulakan tahun depan di semua premis di bandar raya seluruh negara.

Screenshot 2023-02-06 173510

Rakyat negara ini juga mahu pemilik premis makanan memastikan tandas dalam keadaan baik bagi menjamin keselamatan. — Gambar hiasan/Agensi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat negara ini bersetuju dengan keputusan tersebut.

Namun demikian, ada yang berpendapat, peralatan digunakan selain persekitaran kedai bersih juga perlu menjadi syarat sesebuah premis memperbaharui permit masing-masing.

DzulBizharda'in Adnan menulis: "Jika nak tegas dalam melaksanakan, buat secara menyeluruh. Kena tegas untuk menjadikan masyarakat yang berdisiplin."

Berpendapat sama, Ecclesiasters Harun berkata, pemilik premis bukan hanya perlu menitikberatkan kebersihan tandas, sebaliknya penyediaan makanan juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

"Bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja dari tarikh luput yang harus diambil kira, malahan ia juga perlu selamat digunakan untuk apa jua masakan. Perkakas unutk memasak perlu dipastikan bersih ataupun selamat diguna pakai.

"Bukan sahaja pengurus mahupun pengusaha kedai makan, malah, penguatkuasa yang memantau juga harus menjalankan tugas mengikut SOP yang ada."

Tambah Sree Wijaya: "Tak bermakna jika hanya fokus sijil halal terutama kedai makan mamak atau Melayu. Mereka perlu kekalkan kebersihan persekitaran dan tandas. Ini merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan."

Viola Hana berkata: "Tandas dan singki perlu bersih sebelum lesen diberi kepada pengusaha premis.

Ujar Yii Hee Eng: "Tambah lagi satu peraturan. Pintu tandas mesti tak rosak dan boleh dikunci. Jika tidak, rasa tidak selamat." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram