Jangan tak percaya, Kedah juga pernah semegah JDT di mata dunia


  • Podium
  • Selasa, 31 Jan 2023

Pencapaian 'double treble' Kedah tidak diulangi mana-mana kelab setakat ini. — Gambar fail

PENGUMUMAN daripada Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) akan 500 pasukan terbaik bagi kategori lelaki diterima baik penyokong tempatan.

Manakan tidak, keampuhan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) akhirnya diiktiraf dengan mereka menduduki tangga ke-250.

Malah di peringkat AFC pula, skuad Harimau Selatan menduduki tangga ke-15, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan lebih baik berbanding beberapa gergasi Asia, termasuk kelab Jepun, Vissel Kobe.

Pencapaian tersebut pastinya berpunca daripada kejayaan skuad Harimau Selatan merangkul 10 trofi sepanjang tahun lepas dengan pasukan senior menjuarai kesemua empat kejohanan domestik.

Dalam saingan Liga Juara-juara AFC (ACL) pula, JDT turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pasukan tempatan yang melangkah ke peringkat kalah mati.

Walaupun tumpas di tangan finalis, Urawa Red Diamonds, kualiti yang dimiliki mereka pastinya tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi dengan ranking IFFHS itu.

JDT-21

Kekuasaan JDT dalam arena bola sepak tanah air tidak boleh dipersoalkan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Perkara itu pastinya diraikan penyokong bola sepak tanah air dengan ada daripada mereka yang menumpang kegembiraan JDT selain mengharapkan kejayaan berkenaan dapat diteruskan.

Tetapi, di sebalik kegirangan itu, terlihat juga beberapa usikan daripada segelintir peminat fanatik yang tidak melihat pencapaian skuad Harimau Selatan sebagai satu sejarah tersendiri.

Hal itu adalah kerana mereka menggunakan hujah bahawa pasukan Utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) FC juga pernah berada di tahap sedemikian.

Ketika kelab itu masih bergelar Kedah FA, mereka pernah menduduki tangga ke-111 antara pasukan terbaik dunia dan kekal di posisi tersebut dari Julai 2007 hingga Ogos 2008

Perkara berkenaan pastinya tidak mengejutkan penyokong tegar bola sepak tempatan apabila pasukan yang berada di bawah kendalian Azraai Khor itu mempunyai sejarah tersendiri.

105280378_3404666809565772_3442524308977553215_n

Kedah FA pernah berada di tahap berbeza ketika zaman kegemilangan mereka. Facebook/Kedah FA

Pencapaian 'double treble' yang cukup bermakna itu membolehkan mereka bergelar sebagai antara skuad terbaik pernah disaksikan dengan barisan pemain cukup berkualiti.

Usikan tersebut sepertinya dengan sengaja ditujukan YM Putera Awang terhadap penyokong JDT apabila dia membangkitkan perkara itu dalam laman Facebook JDT SOUTHERN TIGER Club.

"Laaa, berada di tangga ke-250 antara kelab terbaik dunia kah?" ujarnya sambil menyertakan statistik yang diterbitkan IFFHS pada 2007.

Jadi, seperti dijangka, ia pastinya mengundang rasa kurang senang dengan ruangan komen dipenuhi cemuhan sinis daripada penyokong skuad Harimau Selatan.

"Tidak lama selepas itu, pada 2009, Kedah FA jatuh ke divisyen bawahan. Sudah-sudahlah tu. Ohh, biar jasa jadi kenangan, lupa pula itu ialah slogan KDA FC," kata Kamarul Fairuz Sharif.

"Sebelum ini, memanglah pernah berada di kedudukan ke-111 kelab-kelab seluruh dunia. Tapi, sekarang ini, main pun kurang menyerlah," kata Syafiq Haikal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram