Peniaga terpaksa naik harga, bukan sengaja mahu untung lebih


  • Massa
  • Selasa, 24 Jan 2023

Peniaga terpaksa menaikkan harga jualan ekoran kenaikan kos operasi dan bahan mentah.

SELEPAS kemelut bekalan bahan mentah kurang, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan berlaku peningkatan harga makanan yang membimbangkan pengguna.

Perkara sama turut diakui oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid yang berpendapat, pengusaha gerai dan restoran terpaksa menaikkan harga makanan sehingga 40 peratus.

Mohd Azmi berkata, walaupun harga bahan mentah naik, harga makanan masak dan minuman tidak harus dinaikkan tanpa kawalan.

Isu tersebut juga mendapat reaksi daripada warganet yang berpendapat bahawa harga makanan terlalu mahal apatah lagi kos sara hidup kini kian meningkat.

Namun bagi peniaga, perkara itu terpaksa dilakukan atas beberapa sebab terutamanya melibatkan harga barangan mentah dan lain-lain.

Salah seorang peniaga, Zamani Samat berkata, hanya peniaga sahaja yang tahu berkaitan dengan peningkatan harga yang sangat ketara kini.

"Bukan bahan mentah sahaja, barangan untuk pembungkusan pun melambung tinggi. Kotak nasi semua naik harga. Hari-hari keluar modal tinggi. Kerajaan hanya tahu bercakap sahaja, mereka tak faham keadaan sebenar," katanya.

GEORGE TOWN, 17 Mac -- Orang ramai mengunjungi Pasar Taman Lip Sin, Sungai Dua pagi ini untuk membeli barang-barang keperluan berikutan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula tengah malam ini.Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi adalah bagi mencegah penularan COVID-19.Perintah itu antaranya melarang secara menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara; sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; penutupan semua institusi pendidikan seperti taska, sekolah kerajaan dan sekolah berasrama penuh.Penutupan turut membabitkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kenaikan barangan mentah antara punca harga makanan menjadi mahal.

Seorang lagi peniaga, Zukefli Abdullah turut memberitahu betapa peritnya membeli barang mentah yang mahal.

"Peningkatan modal membeli bahan mentah yang mahal. Terpaksa kena naikkan harga makanan. Boleh kata semua bahan mentah meningkat.

"Gaji pekerja pun mana boleh di takuk lama. Mesti kena naik, kalau tidak, siapa mahu kerja," katanya.

Mohammad Noor juga setuju supaya peniaga kedai makan tidak patut disalahkan kerana menaikkan harga jualan.

"Jangan hanya nak salahkan peniaga kedai makan. Cuba fikir kalau harga ikan, sayuran, barangan runcit seperti rempah dah mahal, takkan nak jual dengan harga yang murah.

"Masalah sebenarnya sekarang, menteri yang dilantik tak buat kerja dan hanya tahu bercakap mengenai politik sahaja siang dan malam," katanya.

Mohdsabri Mohdnoor pula berkata, kenaikan harga ini berantai dan jika munasabah, tiada masalah.

"Orang tak berniaga tak tahu. Bahan mentah satu hal, naik tak turun-turun. Barang keperluan hidup lain semua naik, pekerja kedai dah tak boleh hidup dengan gaji lama.

"Pengusaha kedai terpaksa naikkan gaji pekerja supaya sama-sama boleh hidup. Sewa kedai pun kena naik sebab pemilik kata ansuran bank naik. Semua kenaikan ini berantai," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram