'Gaji puluhan ribu tapi standard budak kampung?', fans pertikai skuad Pahang berlatih atau melancong di Thailand


  • Podium
  • Selasa, 24 Jan 2023

Kehadiran Sri Pahang FC ke negara jiran dipercayai hanya bertujuan mengadakan satu latihan berpusat. — Facebook Sri Pahang FC

SEBAGAI persediaan menghadapi Liga Super musim baharu, beberapa pasukan ketika ini sibuk menjalani latihan pra-musim.

Thailand dilihat merupakan destinasi terbaik dipilih oleh lima pasukan Liga Super, iaitu Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Kelantan FC dan Sri Pahang FC untuk mengadakan pra-musim menerusi perlawanan persahabatan.

Namun, ketiadaan pengumuman daripada media rasmi Sri Pahang FC tentang tiga perlawanan pra-musim di Thailand menimbulkan tanda tanya penyokong skuad Tok Gajah itu.

326937791_903379604149787_3450120693029514800_n

Gambar terbaharu pemain skuad Tok Gajah. — Facebook Sri Pahang FC

Namun, menurut sebuah akaun tidak rasmi penyokong, iaitu TokGajah.com, kehadiran pasukan kendalian Fandi Ahmad di negara jiran itu hanya bertujuan mengadakan satu latihan berpusat, dengan menggunakan fasiliti pasukan BG Pathum United.

Tambahnya, perlawanan persahabatan hanya dianggap sebagai latihan sahaja.

"Ini kerana tiga pasukan tersebut turut menggunakan fasiliti yang sama," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Jelasnya, perlawanan tersebut bakal diadakan sebanyak tiga separuh masa dan secara tertutup.

Oleh itu, katanya, sebarang liputan siaran langsung mahupun tertunda tidak akan disediakan.

"Harap para peminat maklum dan faham," katanya.

326954774_668795958369566_5026900322584048990_n

Difahamkan, skuad Tok Gajah hanya melakukan perlawanan latihan di Thailand. — Facebook Sri Pahang FC

Mengulas mengenai perkara itu, rata-rata penyokong kecewa apabila skuad Tok Gajah dilihat seakan-akan tiada kesungguhan untuk berdepan Liga Super musim depan.

Syaifuza Imra berkata, selagi tiada tempat latihan berpusat, Sri Pahang hanya dianggap sebagai pasukan yang ditubuhkan untuk menyertai pertandingan, dan bukannya kelab bola sepak yang ingin melahirkan dan merekrut pemain untuk jangka masa panjang.

"Oleh itu, baik bagi kontrak setahun je kepada pemain-pemain yang menyertai kejohanan pada tahun itu," katanya.

Baha Aris menulis: "Pengurusan Pahang patutnya dah lama fikirkan untuk buat tempat latihan khas bukan main tukar pakai balik pokok je sbb liga dah lama profesional. Buka mindalah wahai yang berkenaan.Gaji puluhan ribu tapi standard macam budak kampung main petang?

Syairul Amzal menambah: "Setakat latihan baik buat latihan dekat sini (Malaysia) je. Apa dekat sini tak ada kemudahan macam dekat sana ke?

Perli Fikery Namenye: "Lebih ke nak melancong."

Aiman Abdullah berkata: "Jadi bukanlah perlawanan pra musim. Tapi melancong sambil bermain bola. Baru betul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram