Selain Fayadh, Nafuzi dipesan jangan terlepas pandang bekas bintang HM di Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 18 Jan 2023

Nafuzi percaya Fayadh mampu menjadi 'the next' Faisal Halim di bawah bimbingannya di KDA FC. — Facebook/KDA FC

PADA musim ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal tampil serba baharu dengan air tangan jurulatih berpengalaman, Nafuzi Zain.

Di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih Terengganu FC itu, Fayadh Zulkifli iaitu pemain sayap lincah KDA FC bertekad mahu meningkatkan kemampuannya.

Peledak Sang Kenari itu juga menyatakan keinginan untuk mengikut jejak langkah bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang mesra dengan panggilan Mickey.

Keyakinan sama turut disuarakan oleh Nafuzi yang percaya pemain berusia 24 tahun itu mampu menjadi the next Faisal Halim.

Nafuzi sendiri mengakui bahawa walaupun Faisal Halim, merupakan pemain penting untuknya di Terengganu FC, namun sekarang dia mempunyai Fayadh yang diyakini mampu menyinar seperti pemain lincah itu.

Cuma di sebalik itu, Nafuzi diminta untuk tidak melupakan seorang lagi pemain sayap KDA FC, Mohamad Al Hafiz Harun.

Al-Hafiz Harun in action for Kedah. - Photo by Kedah FC

Al-Hafiz mencetak satu gol dan membuat tujuh bantuan gol menerusi 35 penampilan di KDA FC musim lalu. — Facebook

"Dan jangan terlepas pandang Al Hafiz, dia pun mampu menyerlah di bawah asuhan coach Nafuzi...Insya-ALLAH," kata Karim Yatim.

"Jangan lupa lagi seorang, Al-Hafiz.. harap kedua-dua orang ni akan lebih menyinar di bawah Nafuzi," ujar Zuhairi Ibrahim pula.

"Kita ada dua winger tempatan yang laju...Fayad dan Al-Hafiz ..harap kedua-duanya meningkat di bawah Nafuzi," tambah Ohm Chan.

Pemain kelahiran Sik, Kedah itu menyarungkan jersi Hijau Kuning pada musim lalu selepas menabur bakti di Penang FC pada musim 2021.

Sepanjang musim lalu, Al-Hafiz mencetak satu gol dan membuat tujuh bantuan gol (assist) menerusi 35 penampilan.

Berbanding Fayadh, pemain berumur 28 tahun itu perlu bekerja lebih kuat untuk memperbaiki prestasi serta mutu persembahannya agar dapat meninggalkan impak lebih besar kepada pasukan.

Al-Hafiz pernah membarisi skuad Harimau Malaya ketika di bawah kendalian Tan Cheng Hoe untuk aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan pada 2021, namun hanya diletakkan sebagai pemain simpanan.

Untuk rekod, Fayadh meledak 17 gol dan empat bantuan secara keseluruhan dalam semua aksinya bersama skuad Sang Kenari musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram