AKSI Malaysia Vietnam pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi menyaksikan pengadil perlawanan, Ryuji Sato membuat keputusan kontroversi dengan melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad.
Pengadil dari Jepun itu menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi kepada Golden Star Warriors yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan-gon ketinggalan 0-2 pada minit ke-64.
Hal itu kerana kemungkinan Azam Azmi menendang muka pemain Vietnam, apabila berada di luar luar padang menyebabkan Sato melayangkan kad merah kepada pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.
Di sebalik kecaman segelintir penyokong terhadap pemain Terengganu FC itu kerana layangan kad merah berkenaan, Azam Azmi dilihat 'tidak koyak' sebaliknya menjalani latihan seperti biasa.
Azam yang membuat hantaran semula gambar sesi latihan dari instagram Football Association of Malaysia turun menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya lain meskipun dia tidak dapat beraksi menentang Singapura pada 3 Januari depan.
Skuad Harimau Malaya kembali menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, bagi persiapan menjelang perlawanan menentang Singapura pada 3 Januari depan. — Facebook/ FAM
Menerusi gambar sama, turut kelihatan tonggak pertahanan negara, Khuzaimi Piee menjalani latihan ringan setelah direhatkan akibat kecederaan otot betis ketika perlawanan pertama saingan Kumpuan B menentang Myanmar.
Kehadiran Khuzaimi atau terkenal dengan jolokan Jimmy pada sesi latihan tersebut mengujakan penyokong negara yang mahu melihat dia kembali menjadi benteng pertahanan skuad kebangsaan.
"Khuzaimi is back! Tak perlu fasiliti dari Sepanyol pun (dah recovery)," kata seorang penyokong, @libasansetan.
"Mesin baharu Selangor dah siap dibaiki. Tak sabar nak tengok dia main lawan Singapura," kata @apishzam.
Sebelum ini, Pan-gon dilaporkan berkata, Khuzaimi mengalami minor tear (koyak) pada otot betis yang mungkin menyaksikan bintang pertahanan Selangor FC itu tidak sempat kembali beraksi untuk baki saingan Piala AFF 2022.
Malaysia wajib menang perlawanan menentang Singapura untuk mengesahkan laluan ke separuh akhir kejohahan dwitahunan bola sepak rantau Asia Tenggara itu.
Malaysia hanya sekali memenangi saingan Piala AFF pada edisi 2010, sejak kejohanan dwitahunan itu bermula pada 1996 dan muncul naib juara pada 1996, 2014 dan 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram