'Survival of the fittest', TD JDT bidas Safawi, puji bekas bintang Kedah, Perak


  • Podium
  • Selasa, 06 Dis 2022

Safawi baru melaporkan diri bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF. — Facebook

PEMAIN sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid mengeluarkan kenyataan antara sebab penghijrahannya ke Ratchaburi FC adakah kerana tidak mahu memanaskan bangku simpanan.

Pemain berusia 25 tahun itu menegaskan langkah itu adalah untuk membolehkannya mendapat lebih banyak minit permainan selain meraih pengalaman berharga.

Safawi juga menyatakan bahawa dia bakal mencari kelab lain selepas tempoh pinjamannya dengan kelab Thailand itu tamat yang sekali gus dikatakan seakan-akan membangkitkan kemarahan peminat setia pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Malah kenyataan Safawi itu turut dibidas oleh ketua jurulaith Harimau Selatan, Hector Bidoglio. Jurulatih dari Argentina yang kini dilantik Pengarah Teknikal (TD) Kelab Bola Sepak JDT berkata, tujuan kelab mempunyai kumpulan pemain-pemain berkualiti yang ramai adalah untuk memastikan pemain sentiasa berusaha menjadi terbaik dan mengatasi tahap semasa mereka.

316538387_2461223114040973_3266139595041838942_n

"Kelab JDT adalah kelab berprestasi tinggi di mana ‘survival of the fittest’ (keperluan untuk menjadi yang paling cergas) adalah mustahak. Tiada ruang untuk kelekaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bidoglio turut memberikan contoh beberapa pemain yang menunjukkan prestasi baik dan komitmen di padang latihan untuk mereka berkembang maju di JDT.

"Arif Aiman ​​Hanapi adalah contoh anak muda yang menunjukkan komitmen, keinginan dan prestasi yang terbaik. Hong Wan dan Feroz Baharudin, kedua-duanya pemain berusia 22 tahun mengambil peluang yang diberikan pada tahun ini dengan cemerlang.

"Hong Wan memulakan perlawanan sebanyak 16 kali dan beraksi dari bangku simpanan sebanyak 12 kali manakala Feroz pula memulakan perlawanan sebanyak kali kali selepas mempamerkan aksi cemerlang di JDT II.

316538197_2454552628041355_5148591676487226372_n

Arif Aiman antara pemain yang memberikan komitmen tinggi di JDT. — Facebook

"Shahrul Saad merupakan satu lagi contoh. Dia tidak berada dalam kesebelasan utama sebelum Liga Juara-Juara AFC, tetapi dia menunjukkan sikap profesionalisme, semangat dan prestasi yang terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama berbanding pemain luar negara.

"Hasilnya, dia mencatatkan 34 kali permulaan perlawanan. Syafiq Ahmad turut menunjukkan aksi cemerlang di padang latihan dan mempamerkan aksi yang baik dalam 15 penampilan sejak kembali dari pinjaman," katanya.

Menurutnya, pemain-pemain itu adalah bukti bahawa mereka yang menunjukkan prestasi baik dan komitmen di padang latihan boleh berkembang maju di JDT.

"Kelab ini menyediakan yang terbaik untuk pemain daripada kebajikan hinggalah ke fasiliti latihan, dan yang selebihnya terpulang kepada mana-mana pemain untuk menyahut cabaran tersebut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram