Elak dijilat api, gesa pertingkatkan keselamatan bangunan kerajaan


  • Massa
  • Khamis, 08 Dis 2022

Kebakaran yang berlaku di salah sebuah stor di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Selasa.

KEBAKARAN adalah sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangka dan kesannya amat membinasakan sekiranya tidak berjaya dikawal dari mula.

Bermula dengan sekecil percikan sebelum merebak menjadi marak sehingga membahayakan nyawa manusia dan menghilangkan harta benda.

Terbaharu, bangunan Kementerian Kewangan di stor sisa pukal dan penyelenggaraan dilaporkan terbakar pada Selasa.

Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun netizen mengharapkan ada penambahbaikan dapat dilakukan di setiap bangunan Kementerian.

WhatsApp Image 2022-12-07 at 7.12.26 PM

Anggota bomba memadam kebakaran di bangunan Kementerian Kewangan.

Pada pagi kejadian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sesi clock in di bangunan tersebut bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan selepas dilantik memegang jawatan itu pada Jumaat.

Difahamkan, kebakaran berpunca akibat percikan api ketika ubah suai penyelenggaraan yang terkena longgokan kertas lama.

Kejadian tersebut menjadi bahan bualan netizen di media sosial yang bimbang terhadap keselamatan di bangunan Kerajaan.

foto-61222a2

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sesi clock in di Bangunan Kementerian Kewangan.

"Kerajaan harus melakukan sesuatu kerana bangunan Kementerian adalah sangat penting untuk negara kerana menyimpan pelbagai maklumat dan dokumen penting.

"Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa individu tidak bersalah," kata netizen, Jamal.

"Saya harap Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di setiap bangunan kerajaan.

"Negara akan terus mengalami kerugian sekiranya bangunan kerajaan terbakar selain merencatkan pemulihan ekonomi negara," jelas Aliza.

"Negara baru sahaja ingin bernafas dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun sudah dicemari insiden kebakaran di bangunan Kementerian Kewangan pula.

"Bimbang perkara ini menjadi buah mulut netizen atau timbul spekulasi kurang enak terhadap Kerajaan Perpaduan ini," luah Musafar.

"Perlu ada pemantauan dan pemeriksaan rapi di setiap bangunan Kerajaan untuk mengelak kejadian sama berulang. Kerajaan perlu memastikan keselamatan warga kerja di bangunan Kementerian terjamin," kata Razaman. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram