[VIDEO] Detik romantis bertukar tragedi, pasangan kekasih hampir dijilat api angkara tanglung


  • Benua
  • Jumaat, 18 Nov 2022

Tangkap layar video pasangan itu mengelak sebuah tanglung yang melanggar mereka.

DETIK romantis lamaran seorang lelaki yang diluahkan kepada teman wanitanya bertukar cemas apabila hampir mencetuskan kebakaran di sebuah pesta, lapor Thaiger pada Isnin.

Lamaran tersebut dipercayai berlafazkan semasa Pesta Tanglung Yi Peng di Chiang Mai, Thailand.

Namun, ia hampir gagal apabila beberapa tanglung terbang rendah sebelum merempuh dan hampir membakar pasangan terbabit.

Video lamaran pasangan tersebut tular selepas dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Twitter @tailovene.

Rakaman video itu memaparkan pasangan tersebut berada di tengah padang sambil dikelilingi pengunjung lain yang sedang melepaskan tanglung ke langit.

Ketika kejadian, dua tanglung yang gagal untuk terbang melanggar wanita tersebut, manakala satu lagi tersasar.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana badan dan pakaiannya tidak terbakar.

Sementera satu lagi rakaman memaparkan teman lelaki wanita itu melamarnya semasa acara tersebut.

β€œIa sepatutnya romantik, tetapi realitinya penuh dengan jeritan, terdapat kebakaran di semua tempat, kuil juga terbakar.

"Anggota bomba berada di sana! Dan saya akan berkahwin,” demikian menurut keterangan pada kapsyen tersebut.

Wanita itu menambah bahawa situasi itu tidak romantis seperti yang dia bayangkan, tetapi ia merupakan detik yang tidak akan dilupakan kerana mengujakan dan hebat. β€” Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Melamar, Tanglung, Terbakar, Thailand