
SEORANG lelaki dan kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan mati akibat letupan kereta di Komarov Street, Sovietsky Rusia pada Jumaat.
Kejadian itu dipercayai berlaku susulan kereta tersebut mengalami kebocoran gas di bahagian tangki minyak yang dipercayai menjadi punca letupan tersebut.
Letupan itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun cedera parah manakala seorang kanak-kanak pula terkorban di lokasi kejadian.
Menurut saksi, mangsa terlebih dahulu meletakkan kanak-kanak terbabit di kerusi belakang sebelum menghidupkan enjin kenderaan untuk memulakan perjalanan.
Namun, situasi bertukar tragis apabila kereta tersebut meletup secara tiba-tiba dan sekali gus mengakibatkan lelaki berkenaan tercampak ke tanah.
Susulan letupan itu, beberapa orang awam meluru ke arah mangsa untuk memberikan bantuan namun tidak bagi kanak-kanak terbabit kerana tiada siapa yang menyedari akan kewujudan si cilik itu di kerusi belakang.
Kebakaran itu turut menyebabkan empat lagi kenderaan rentung dalam kejadian yang sama.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Wilayah Volgograd, dua silinder dengan asetilena yang juga gas bahan api ditemui pada kenderaan rentung itu.
Peralatan itu merupakan bahan mudah meletup dan kebocoran gas dialami telah menyebabkan berlakunya letupan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram