Kalah tapi masuk Kabinet, Tengku Zafrul jadi mangsa tak puas hati warganet


Senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kurang disenangi segelintir masyarakat.

DRAMA politik di negara ini terus hangat diperkatakan walaupun pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Minggu ini, isu mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi topik paling hangat dibincangkan rakyat Malaysia.

Pelantikan Presiden Umno itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusan Anwar melantik individu yang mempunyai kes di mahkamah.

Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi stated UMNO has decided not to join the Perikatan Nasional (PN), instead it will empower Muafakat Nasional (MN) together with PAS and BN component. He said during a press conference at the Kuala Lumpur High Court on  Thursday, JULY 30,2020. - MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Terbaharu, pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula menjadi pertikaian orang ramai.

Pertikaian tersebut disebabkan kekalahan Tengku Zafrul kepada ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 tempoh hari.

Walaupun kalah, bekas Menteri Kewangan itu masih mendapat jawatan dalam Kabinet terbaharu menerusi lantikan Senator untuk kali kedua manakala Dzulkefly pula tidak tersenarai dalam jemaah menteri pimpinan Anwar.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference after special meeting on ' Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022' at the prime office in Putrajaya . (27/11/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berikut, Majoriti menyenaraikan pertikaian orang ramai mengenai pelantikan Tengku Zafrul :

"Bagaimana dah kalah boleh dilantik menjadi Menteri sedangkan ada calon yang menang tapi tidak dilantik?" soal Syahirah Ibrahim.

"Perkara sudah terjadi, harap Tengku Zafrul dapat menggalas amanah dan tanggungjawab dengan baik. Mungkin sedikit tidak adil namun kita beri ruang kepada beliau untuk memimpin," jelas Albakhri Taib.

WhatsApp Image 2022-12-04 at 3.01.02 PM (3)

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

"Mungkin ada sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Tengku Zafrul dalam barisan Kabinet namun perkara ini kurang disenangi orang ramai kerana dirasakan tidak adil kepada pengundi," kata Alieyana Zahra.

"Pelantikan beberapa Menteri dalam barisan Kabinet pilihan Datuk Seri Anwar ini sedikit mencalarkan imej beliau namun kita beri peluang untuk melihat prestasi mereka," jelas Masnah Mamat.

WhatsApp Image 2022-12-04 at 3.01.59 PM (3)

Senarai 28 jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 Menteri dipilih menjadi sebahagian barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada PKR (8), Umno (6), GPS (5), DAP (4), Amanah (2), UPKO (1), GRS (1) dan satu calon bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram