PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri di Kementerian Kewangan.
Dua Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbirannya juga akan memegang portfolio masing-masing di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Kabinet Anwar turut menyaksikan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Berikut merupakan senarai menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim:
Perdana Menteri/ Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Menteri Pertanian: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Ikllim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Agama: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri Sumber Manusia : Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Armizan Mohamad Ali
Senarai timbalan menteri akan diumumkan dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram