'Nampak goyang', warganet hampa senarai menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan


Anwar mengumumkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat.

SERAMAI 28 jemaah menteri menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini.

Perkara diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat itu juga menyaksikan beliau memegang portfolio Menteri Kewangan.

Saiz Kabinet itu dilihat lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan sebelum ini.

Pengumuman itu turut menyaksikan lantikan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof.

file7nr92sd2z84nxbzn8uj

Ahmad Zahid memegang dua portfolio dalam kerajaan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri Ekonomi, yang juga merupakan muka baharu dalam Kabinet,

Turut tersenarai adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilantik Menteri Komunikasi dan Digital; serta Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan.

Kementerian Belia dan Sukan diterajui Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh; manakala Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

file7nmkj64n48itc6xi3o6

Rafizi merupakan muka baharu dalam Kabinet.

Pengumuman itu semestinya mendapat respons rakyat negara ini, yang mana ada di antara mereka tidak bersetuju dengan sebahagian senarai jemaah menteri terpilih.

@cikfarahintan berkata: "Zahid saya okay je, sebab dia pun jaga wilayah. Cuma agak sedih sebab (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad tiada dalam Kabinet. Harap beliau jadi Menteri Kesihatan semula. Dan Dr Maszlee (Malik) kembali jadi Menteri Pendidikan."

Luah @nadya_fatin: "Gobind (Singh Deo) tak ada. Yeo Bee Yin tak ada. Dr Dzul tak ada. Muka-muka yang tak buat kerjalah banyak masuk Kabinet ni. Nancy (Shukri) tu dulu pegang pelancongan hancur kot."

file7nmnk3fb01tg1ku53o6

Dr Dzulkefly

Kata @berbulunmakhlukku: "Orang yang menang dengan dia tak jadi menteri. Macam inilah keadaan Kabinet bila jadi gabungan, nampak goyang Kabinet pun."

Selain itu, terdapat netizen mempertikaikan tentang Ahli Parlimen dari BN yang tersenarai dalam kluster mahkamah, namun tetap dilantik menjadi menteri dalam Kerajaan Perpaduan itu.

Tulis @damak_kencana: "Tahniah PM ke-10. Awal-awal dah tunduk pada BN. Nice one. Well played.

Tambah @helmiencm: "PM ada kuasa lantik Menteri Kabinet. He should choose competent and not from kluster mahkamah."

Soal @leoardson: "Bersih dari kluster mahkamah ke Kabinet Kerajaan Perpaduan?"

Sebelum ini, Anwar berkata, beliau telah membentangkan senarai cadangan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat. - Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram