PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat malam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut melantik dua Timbalan Perdana Menteri sebagai anggota jemaah menteri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Datuk Seri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut dilantik sebagai Timbalan Perdana serta melaksanakan tugas Menteri Perladangan dan Komoditi.
Anwar pada masa sama memaklumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Kewangan.
"Timbalan Perdana Menteri juga akan memegang portfolio dalam kementerian masing-masing," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan
Kesemua jemaah menteri akan mengangkat sumpah pada pukul 3 petang Sabtu.
Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 24 November lalu di Istana Negara. — Majoriti
Menyusul....
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram